Surat Indonesia Kepada Malaysia 4

Isu #GanyangMalaysia: 3 Tuntutan Keras MENPORA Indonesia Kepada Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Walaupun sudah hampir seminggu berlalu, isu kekecohan yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada 19 November semasa perlawanan antara pasukan Malaysia dan Indonesia masih lagi belum berakhir.

BACA: 41 Penyokong Malaysia Dan Indonesia Ditahan, Peristiwa Baling Suar Berulang Kembali

Selepas mendapat desakan daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Malaysia sekali lagi menerima tekanan daripada Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia (Menpora), Zainudin Amali yang meminta agar pemerintah Malaysia meminta maaf secara rasmi kepada warga Indonesia berikutan insiden penyerangan warga mereka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Mereka juga meminta agar Malaysia menyelesaikan perkara tersebut secara undang-undang kepada individu yang melakukan penganiayaan tersebut dan telah menyerahkan surat secara rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) 22 November lalu.

Surat dengan dua helai muka surat itu menegaskan tiga mesej utama Menpora kepada KBS iaitu:

  1. Mengutuk keras kejadian penganiayaan kepada penyokong Indonesia.
  2. Meminta Malaysia untuk menyiasat kejadian tersebut dengan telus.
  3. Meminta Malaysia untuk melakukan permohonan maaf secepatnya kepada Indonesia.

Kandungan surat penuh mengenai tuntutan tersebut yang dimuat turun oleh akaun Twitter @KEMENPORA_RI boleh anda baca seperti di bawah.

Surat Indonesia Kepada Malaysia

Surat Indonesia Kepada Malaysia 1

Menurut pemerhati bola sepak nasional Indonesia, Supriyano, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepatutnya layak dipertikaikan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan FAM sekarang sedang menunggu arahan daripada FIFA berkenaan dengan insiden tersebut memandangkan pegawai FIFA turut berada di stadium semasa perlawanan berlangsung.

Sumber: CNN Indonesia, Astro Awani

Pembongkaran lokasi rahsia kota London oleh pengarah Last Christmas.

LAST CHRISTMAS | Dari Pengarah Paul Feig

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.