Mahasiswa Bersuara, Dakwa Ada ‘Double Standard’ Dalam Majlis Konvokesyen 4

Isu ‘Double Standard’ Dalam Pemilihan Lokasi Majlis Konvokesyen Dapat Perhatian Menteri KPT

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Isu double standard majlis konvokesyen.

Musim pandemik COVID-19 menimbulkan pelbagai kekangan dalam aktiviti seharian penduduk dunia termasuklah aktiviti konvokesyen yang sebelum ini disambut dengan penuh gilang gemilang saban tahun.

BACA: Istiadat Konvokesyen UiTM Diteruskan Dengan Teknologi Skrin Hijau Undang Reaksi Tidak Senang Graduan

Jika tahun lalu, banyak universiti memilih untuk tidak menjalankan majlis konvokesyen, untuk tahun 2021 nampaknya ia sudah dikembalikan namun dalam keadaan norma baharu.

Namun di media sosial, baru-baru ini tularnya dakwaan wujud isu double standard dalam pemilihan tempat majlis konvokesyen berlangsung.

https://twitter.com/farahatika__/status/1377608026912301056

Mahasiswa Bersuara, Dakwa Ada ‘Double Standard’ Dalam Majlis Konvokesyen 1
Sumber: @farahatika_

Sedangkan yuran yang dibayar adalah sama.

https://twitter.com/farahatika__/status/1377609423615488002

Luahan tidak diterima.

https://twitter.com/farahatika__/status/1377644323177525253

https://twitter.com/farahatika__/status/1377673611843039236

Difahamkan perkara ini sudah pun mendapat perhatian Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

https://twitter.com/farahatika__/status/1377789158513549314

Sebelum ini, media pernah melaporkan yang UiTM memilih untuk meneruskan majlis konvokesyen dengan mengamalkan norma baharu iaitu menggunakan teknologi green screen atau skrin hijau bagi meraikan para graduan. Tradisi meraikan para graduan dalam dewan terpaksa ditukar seiring dengan keperluan dan keadaan semasa pandemik ini.

Dalam satu video panduan yang dimuat naik, ada beberapa langkah yang perlu graduan ikuti dengan tujuh checkpoint bermula dengan meletak kenderaan, mengambil bacaan suhu, mengisi maklumat berkenaan yang diperlukan dan seterusnya sehinggalah majlis selesai.

Walau bagaimanapun, hasrat UiTM meneruskan majlis konvokesyen dalam norma baharu ini telah mendapat bantahan daripada para graduan.

Kata mereka, adalah lebih baik istiadat konvokesyen ini ditangguhkan kerana mahu momen ini diraikan seperti sebelum-sebelum ini; mengenakan jubah konvokesyen, naik ke pentas dewan dan menyanyikan lagu universiti bersama rakan-rakan seperjuangan.

BACA: Istiadat Konvokesyen UiTM Diteruskan Dengan Teknologi Skrin Hijau Undang Reaksi Tidak Senang Graduan