Isu Bayaran Paskal

Isu Bonus Pelakon Filem Paskal, Penerbit Juga Belum Terima Bayaran

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kecoh dari minggu lepas, pelakon filem ketenteraan iaitu Paskal memberitahu beliau masih belum menerima bayaran tambahan dan bonus yang dijanjikan walaupun sudah lebih setahun filem tersebut ditayangkan di pawagam.

https://www.instagram.com/p/B2YOgGQhOJI/

Berjaya mencatat kutipan RM30 juta, filem di bawah rumah produksi Asia Tropical Films ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theeban G, Amerul Afendi dan Jasmine Suraya Chin.

Menyedari hal tersebut, Adrian Teh selaku pengarah meminta agar barisan pelakon ‘tidak bising’ atau bersabar kerana beliau selaku pengarah turut belum menerima bayaran tersebut.

Isu Bayaran Paskal 1

Kata beliau lagi, pihak produksi filem memaklumkan bahawa mereka masih dalam proses pembayaran secara berperingkat mengikut keutamaan dan berjanji bahawa bayaran tersebut akan dilunaskan dalam tempoh masa terdekat.

Jika lihat pada hantaran gambar Jasmine Suraya Chin di Instagramnya, rata-rata pelakon filem ini meluahkan kejadian yang sama.

Sumber: MStar

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VkmKyDg6R/