Istiadat Konvokesyen UiTM Diteruskan Dengan Penggunaan Teknologi Skrin Hijau Undang Reaksi Tidak Senang Graduan 3

Istiadat Konvokesyen UiTM Diteruskan Dengan Teknologi Skrin Hijau Undang Reaksi Tidak Senang Graduan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika universiti lain seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memilih untuk menangguhkan istiadat konvokesyen susulan penularan wabak pandemik COVID-19, lain pula halnya dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

BACA: Kenali Mazril Mazlan, Individu Yang Mulakan Petisyen Keluarkan Vivy Daripada Lembaga Pengarah UiTM

UiTM memilih untuk meneruskan majlis konvokesyen dengan mengamalkan norma baharu iaitu menggunakan teknologi green screen atau skrin hijau bagi meraikan para graduan. Tradisi meraikan para graduan dalam dewan terpaksa ditukar seiring dengan keperluan dan keadaan semasa pandemik ini.

Dalam satu video panduan yang dimuat naik, ada beberapa langkah yang perlu graduan ikuti dengan tujuh checkpoint bermula dengan meletak kenderaan, mengambil bacaan suhu, mengisi maklumat berkenaan yang diperlukan dan seterusnya sehinggalah majlis selesai.

Istiadat Konvokesyen UiTM Diteruskan Dengan Penggunaan Teknologi Skrin Hijau Undang Reaksi Tidak Senang Graduan 2
Sumber: Youtube UiTM

Lihat video panduan DI BAWAH:

https://www.youtube.com/watch?v=ey1DkWrhlc4&feature=youtu.be

Walau bagaimanapun, hasrat UiTM meneruskan majlis konvokesyen dalam norma baharu ini telah mendapat bantahan daripada para graduan.

Kata mereka, adalah lebih baik istiadat konvokesyen ini ditangguhkan kerana mahu momen ini diraikan seperti sebelum-sebelum ini; mengenakan jubah konvokesyen, naik ke pentas dewan dan menyanyikan lagu universiti bersama rakan-rakan seperjuangan.

Sebelum ini, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menjalankan video simulasi pelaksanaan istiadat konvokeysen secara maya dengan menggunakan robot serta panggilan video telah mendapat bantahan daripada para graduan.

Di negara luar istiadat konvokesyen tetap diteruskan dengan pengamalan norma baharu.

Sebagai contoh, salah sebuah universiti di Jepun, Universiti Business Breakthrough, Tokyo menggunakan robot bagi menggantikan para graduan dalam usaha membendung penularan COVID-19. Robot yang lengkap mengenakan persalinan konvokesyen akan bergerak ke pentas sebagai wakil graduan dengan ‘mukanya’ memaparkan wajah graduan yang diwakili.

BACA: Demi Pastikan Kenangan Tercipta, Sekolah Ini Adakan Majlis Konvokesyen Pandu Lalu

Manakala di India pula, sebuah sekolah swasta di Bangalore, India menggunakan kaedah pandu lalu; graduan menaiki kenderaaan masing-masing dan upacara penerimaan sijil dilakukan tanpa perlu keluar dari kenderaan.

Jika anda sebagai graduan, anda memilih untuk teruskan istiadat dengan pengamalan norma baharu atau penangguhan upacara?