Warga Emas Kongsi Suami Maut Tertimbus Tanah 1

Isteri Warga Emas Kongsi Momen Suami Maut Tertimbus Tanah Runtuh Depan Mata

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kejadian tanah runtuh di Jalan Kampung Teras, Kampung Masjid Ijok Batu Kurau, Perak petang semalam telah mengorbankan seorang lelaki warga emas yang tertimbus ditimpa tanah runtuh.

Berkongsi detik yang mengorbankan suaminya, Milah Che Pi, 51 tahun memberitahu selepas selesai solat Asar, beliau terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian dapur rumah dan bergegas ke sana.

Namun apabila keluar sahaja dari bilik, beliau dapati bahagian dapur sudah ditimpa tanah, dan kebetulan pada ketika itu suaminya tidur di dapur cuba menyelamatkan diri namun tidak sempat.

Hanya dalam beberapa saat sahaja sekitar jam 6.30 petang, beliau memberitahu tanah runtuh yang membabitkan jalan yang sering dilaluinya itu ‘menelan’ suaminya, Hanudin Bahazim, 60 tahun.

Warga Emas Kongsi Suami Maut Tertimbus Tanah

Mayat suaminya kemudian ditemui tertimbus pada kedalaman tiga meter oleh pasukan penyelamat pada jam 10.31 malam berikutan kesukaran menjalankan operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam keadaan hujan lebat serta terdapatnya pergerakan tanah. Jenazah kemudian dihantar ke Hospital Selama untuk dibedah siasat.

Kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut telah menjejaskan dua lagi rumah berhampiran dan dua lagi mangsa ialah wanita berusia 75 tahun dan 24 tahun yang mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Buat masa sekarang, bomba menasihati orang ramai agar tidak menghampiri kawasan runtuhan susulan kebimbangan kejadian sama berulang dalam masa yang sama mereka akan memantau lokasi kejadian.

Sumber: Harian Metro

Babak epik filem P. Ramlee.

Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI