suami-isteri

Isteri Sibuk Tolong Bayar Kelengkapan Rumah Demi Bantu Suami, Adakah Langkah Ini Tepat?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lumrah bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan memulakan hidup bersama, banyak kos yang perlu ditanggung. Ada kalanya, si isteri terpaksa berkorban masa dan wang ringgit bagi membantu para suami ketika di peringkat awal.

Adakah perkara ini elok? Ini yang ingin diketengahkan oleh seorang pengguna Facebook, Sharifah Zahidah. Mari kita ikuti hujah beliau.

“Kau nak apa lagi? Semua aku dah bagi”

Antara nasihat perkahwinan yang saya pernah terima dulu adalah;

“Apa pun yang terjadi, susah macam mana sekali pun, sewa rumah JANGAN kita bayarkan. Once isteri bayarkan sewa rumah, selalunya sampai ke sudah tanggungjawab tu akan terus berpindah ke bahu isteri”.

Masa zaman bujang baca nasihat ni, saya terus semat dalam kepala.

Baiklah. Saya turuti.

298985795_10160462950163324_9083396255768128219_n

Dan sungguhlah, lurus sangat punya pasal. Memang bab sewa rumah dan bil saja saya langsung tak usik.

Tanpa saya sedari, kesemua yang lain saya sibuk nak TOLONG. Masalah ‘penyibuk’ isteri nak tolong bayar itu ini sebenarnya benda yang tak sihat jika tak kena caranya.

Rupanya, ramai suami yang anggap bila dah bayar atau uruskan salah satu dari item-item ini, dia rasa dia dah tunaikan 100% tanggungjawab dia.

Kemudian dia tanya isteri, “Kau nak apa lagi. Semua aku dah bagi”.

Padahal, suami dah bayar kereta dia. Maka hal anak, barang dapur, belanja keperluan harian, pakaian anak, perabot, semua isteri kena uruskan dan tanggung. Sebab dia DAH bayar walau cuma satu benda.

Suami dah bayar rumah dan bil, maka yuran pengasuh anak, yuran sekolah, baju raya, repair segala macam kerosakan dalam rumah, semua isteri kena tanggung.

Sebab dia DAH bayar rumah RM350 dan bil api RM50 sebulan. Jadi serba serbi hal lain isteri kena tanggung.

Contoh saja.

Dia bayar satu benda, dia rasa dialah lelaki paling macho yang dah laksanakan semua tanggungjawab dia.

Ok, bersepah jenis ni.

Canang satu dunia segala keperluan dia usahakan, walhal stokin dia pakai, bantal dia tidur, sabun basuh baju, berus gigi, kasut, sikat dan segala macam perabot besar kecil dalam rumah adalah hasil duit dan kerja keras sang isteri.

Trend ini saya tengok agak membarah di kalangan para suami pondan.

Bila mereka mengeluarkan satu-satu belanja, mereka rasa SELESA dan selesai sudah semua tanggungjawab mereka. Segala hal yang lain, mereka pejam mata buat-buat buta.

Masalah orang perempuan ni pula.

300056756_10160462950783324_5340207258126066669_n

Dia bila sampai bab rumah, dia tak pandai buat buta, buat pekak, buat bisu.

Tak boleh!

Dia memang akan rasa serabut bila rumah tak lengkap dengan perabot asas, sinki paip bocor, anak-anak hidup takda bilik yang proper, bil tertunggak, nak masak pinggan kuali tak cukup dan sebagainya.

Dia akan ‘menyibuk’ cari jalan macam mana nak selesaikan.

Sebab benda tertangguh dalam rumah buat jiwa dia kacau. Jadi, dia akan usahakan untuk lengkapkan keperluan rumah.

Eh silap, dia akan sibuk lengkapkan segala keculasan suami dan mula ambil tanggungjawab suami dalam serba serbi.

Maka di sinilah, lahirlah isteri yang lebih suami dari suami. Suami yang lebih isteri dari isteri.

Bertukar peranan. Suami jadi isteri, isteri jadi suami. Hanya bermula dari SATU TANGGUNGJAWAB YANG DIKONGSI DAN DISALAH ERTI SANG SUAMI.

Sebab, perempuan ni tak ada skill ‘PEJAM MATA‘ walhal suami pulak paling terer bab pejam mata dan pejam hati buat-buat tak faham, tak mengerti.

Jadi, nasihat yang saya rasa paling berguna untuk wanita ialah, bila dah berkahwin kena PANDAI BELAJAR SKILL PEJAM MATA dulu. Jangan cepat sangat nak ambil tanggungjawab suami.

JANGAN SIBUK NAK BUAT SEMUA BENDA, NAK SETEL SEMUA BENDA.

Simpan-simpan sikit kerja untuk suami tu.

Masalah perempuan ni, bila dia dah buat sikit, dia tak reti nak STOP sekadarnya.

Sejenis dia, asyik nak bagi melimpah ruah. Sampai tak sedar kesan buruk yang menanti di depan hari.

Jadi, kawal perasaan dan attitude ni bila berumahtangga. Pandai-pandai put the limit.

Jika nak tolong suami, tolong part lain. Jangan tolong part bayar-semua-benda.

Kecuali suami tu memang jenis dah terbukti menghargai dan bukan jenis opportunist.

Kalau awal-awal kahwin tu, tolong berjaga lebih sikit walaupun nasihat kita selalu terima;

“Alah, baru kahwin banyak nak guna duit. Biarlah tolong-tolong banyak mana pun”.

Walhal, yang sebab baru-baru kahwin ni lah, jenis suami nampak yang isteri dia ni jenis mudah ‘digoreng’ dan dipergunakan maka lihatlah satu persatu nanti jadi apa.

Benda dah banyak terjadi. Tinggal kita nak sedar, terima dan BREAK THE CYCLE atau nak terus ambil risiko BAYAR segala benda untuk suami sampai dia lupa cara nak jadi lelaki.

Nak bayarkan juga? Tulis sebagai hutang.

Kalau suami memang jenis bertanggungjawab, nanti halalkan saja hutang tu. Tak payah berkira. Biar saling membahu.

Tapi soalnya KENA KENAL SUAMI KITA DULU jenis macam mana. Baru kita decide the best way nak tolong. Jangan pukul rata semua lelaki. Kelak makan diri.

Kalau nampak macam jenis lelaki opportunist, at least kalau bercerai ke apa nanti, boleh juga tuntut semula hutang dan belanja.

Jangan jadi perempuan tak bijak, lepas bercerai habis segala harta kena kebas dengan bekas suami.

Harta dari zaman bujang pun suami mengaku dia punya. Harta yang bekas isteri pinjam dari mertua pun dia mengaku dia punya.

Semua benda dia mengaku dia punya, biar isteri sehelai sepinggang walhal isteri itulah yang menanggung biawak hidup seperti dia dan keluar segala belanja keluarga.

Kes macam ni dah banyak sangat terjadi. Eloklah beringat dan belajar dari pengalaman dan kesilapan bersuami dari orang lain. Jangan biar terjadi pada diri sendiri lagi.

Lelaki, biarlah dia jadi lelaki.

Kalau dia acah pondan buat drama seposen depan isteri minta tanggung bayar itu ini pun, pandai-pandailah buat hitam putih. Jangan sibuk ambil tanggungjawab suami.

Once ALLAH dah bagi seorang lelaki itu berkahwin dan memiliki anak – ALLAH dah jamin rezeki anak isteri dia dalam rezeki dia.

Tak payah risau. Soal lelaki sihat wal’afiat tak boleh menafkahi keluarga adalah MITOS DAN PENIPUAN.

Sistem ALLAH tak pernah salah tak pernah faulty. Yang salah tu, adalah kita. Yang nak kena adjust tu, adalah usaha kita.

Cara kita urus masa.
Cara kita buat kerja.
Cara kita berbelanja.
Cara kita urus tenaga.

Ini nak kena ubah.

300071565_10160462950803324_778927472658875073_n

Adapun rezeki anak dan isteri, memang ALLAH DAH SEDIAKAN dengan 2 jenis cukup. Samada cukup-cukup, atau cukup-banyak.

Yang penting, CUKUP sehingga suami tak perlu bergantung pada isteri kerana fitrah kejadian adalah isteri yang bergantung pada suami. Dan di sinilah, bermulanya ketaatan isteri yang sangat mudah dimiliki sang suami.

Bila suami bergantung pada isteri, akan ada lebih banyak benda buruk terjadi daripada benda baik.

Nasihat saya pada yang baru atau bakal berkahwin, DON’T START.

Bangun solat malam, tahajud, zikir dan doakan ALLAH murahkan rezeki suami, mudahkan urusan dia adalah SEBAIK-BAIK BANTUAN kita boleh usahakan untuk bantu lancarkan urusan dan rezeki suami.

Buat yang ini dulu, inshaALLAH miracle akan jadi depan mata. Pasti, pasti, pasti akan cukup inshALLAH.

Saling membahu antara suami isteri. Bukan jadi lebih suami daripada suami tu sendiri.

Tak salah membantu dari segi kewangan pada amount yang banyak. Tapi biarlah selepas kita benar-benar kenal siapa lelaki kita.

Sama ada dia sejenis lelaki sejati yang menghargai dan faham pertolongan isteri adalah bersifat ehsan dan temporary.

Atau, dia sejenis lelaki pondan yang opportunist, dibantu sekali – dihenyak dan dipindah segala benda lain ke atas bahu isteri sampai isteri lunyai separuh mati.

Allahualam.

BACA: Isteri, Pengurus Eksklusif Nafsu Suami?

Sumber: Sharifah Zahidah