Isteri Anda Kuat Membebel? Lelaki Ini Beri Tip Mudah ‘Diamkan’ Mereka

Tip Mudah Tangani Isteri Membebel
Sumber: CeritaMenarik

Semakin banyak kita diperdengarkan kes keruntuhan rumah tangga disebabkan sikap suami yang sering menyakiti isteri atau mendera dan sebaliknya. Antara punca terjadinya konflik rumah tangga ialah kerana suami tertekan apabila isteri membebel dan mula berfikir mengapa ketika bercinta dahulu wanita yang dicintainya tidak pernah membebel.

Namun, apakah punca menyebabkan si isteri membebel? Dalam situasi ini, puncanya kerana sikap suami dan tiada tolak ansur bagi kedua-dua pihak. Justeru, bagaimanakah untuk menangani atau kurangkan si isteri daripada kuat membebel?

Seorang pengguna Facebook, Muhammad Hassan berkongsi tip bagaimana untuk mengurangkan sifat membebel dan merungut seorang isteri. Tip ini diberikan apabila rakannya bertanya kepada beliau.

Dua tip tersebut ialah:

1. Bagi isteri tidur dan suami pula yang menjaga anak-anak kerana apabila mereka tidur, mulut mereka akan tertutup.

2. Ajak isteri pergi makan dan suami jaga anak. Apabila mereka sedang mengunyah mereka tidak akan membebel.

Tip Mudah Tangani Isteri Membebel
Sumber: FB

“Dan bukan mulutnya membebel lagi, bahkan ucap terima kasih yang dah lama kau tak dengar.”

Dalam senario ini, suami sebagai ketua keluarga seharusnya memainkan peranan utama dalam mengatur segala urusan rumah tangga dan jangan sesekali mengambil kesempatan atas kebaikan isteri.

Tip Mudah Tangani Isteri Membebel
Sumber: FB Muhammad Hassan

Sumber: FB Muhammad Hassan