Istana Raja Muda Perak Dijual

Istana Raja Muda Perak Dibuka Untuk Jualan Secara Tender Terbuka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Istana Raja Muda Lama yang terletak di Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Intan, Perak dilaporkan dibuka untuk jualan secara tender terbuka. Dibina sekitar tahun 1922, istana ini merupakan istana rasmi Raja Muda Perak.

WhatsApp Image 2021-09-19 at 01.58.20

Menurut satu sumber daripada Viral Perak, bangunan yang pernah gah menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak bersama kawasan seluas sekitar dua hektar ini ditender untuk pembangunan projek komersial dan bangunan bercampur.

75CA61C9-FAE7-42AC-AA03-8889ABF3BB32
Sumber: Ijam Madzni
Istana Raja Muda Perak Dilelong
Sumber: Ijam Madzni

Untuk pengetahuan anda, Raja Muda pertama yang bersemayam di sini ialah Almarhum Raja Muda Abdul Aziz yang kemudiannya ditabal menjadi Sultan Perak ke-31, Sultan Abdul Aziz. Manakala, Raja Muda terakhir yang bersemayam di istana ini ialah Almarhum Raja Muda Ahmad Siffuddin.

BACA: Ibarat Taj Mahal Malaysia, Istana Sepachendera, Lambang Cinta Sultan Kedah Untuk Isterinya

Pada tahun 1988, DYTM Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah telah berpindah ke Istana Tetamu di Ipoh. Istana ini kemudiannya ditinggalkan dan tidak lagi dijaga, namun masih kekal di kawasan asal.

B74C1A01-63D2-4974-AB3C-1829A30F72DD

Menurut sumber internet, keadaan di sini amatlah teruk kerana tiada pihak yang menjaganya.

Terdahulu, ibarat Taj Mahal Malaysia, tahukah anda Istana Sepachendera merupakan lambang cinta Sultan Kedah untuk isterinya?

Monumen sejarah ini dikenali sebagai Istana Sepachendra, adalah sebuah istana lama di Jalan Kampung Baru, Alor Setar.

Dikhabarkan, ia dibina Sultan Kedah ke-25, Sultan Abdul Hamid Halim Shah khusus untuk isterinya sebagai lambang kasih ketika era pentadbirannya pada 1882 hingga 1943. Sebab itulah ia turut digelar Taj Mahal versi Malaysia.

Isteri baginda, Che Sepachendera dikatakan berasal dari Siam. Maka, istana berkenaan dibina berpandukan seni bina Siam yang diadun ciri dan budaya Melayu.

Lebih menarik, Istana yang turut dikenali sebagai Istana Kampung Baru ini dibina menggunakan sejumlah putih telur dan manisan lebah yang dicampur bersama bancuhan simen untuk menguatkan lagi struktur dinding bangunan istana daripada ditelan zaman.