
Israel Bina Kilang Terbesar Di Dunia Untuk Hasilkan Daging Dalam Makmal Tanpa Lembu
Ketika Malaysia masih lagi ‘sendu’ dengan bekalan ayam dan telur yang tidak menentu, negara yang paling dibenci di dunia iaitu Israel khabarnya bakal mempunyai kilang ‘menghasilkan’ daging yang terbesar di dunia.
Sebelum ini, negara Yahudi tersebut khabarnya telah berjaya merintis kaedah menghasilkan daging di dalam makmal tanpa melibatkan penternakan lembu atau juga disebut sebagai ‘meat cultivation’.
BACA: Rasa & Tekstur Sama Macam Daging Betul, Israel Berjaya Hasilkan Daging Cetak 3D
Kini, mereka mengorak langkah pula untuk menjadi pengeluar daging makmal yang terbesar di dunia!
Pemilik dan pengasas Rajin Sebendang, Ezreen Muhaizie Marzukhi telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi berkongsi kisah teknologi yang sangat menarik ini dengan rakyat Malaysia.
Mungkinkah negara kita juga satu hari nanti mampu mengikut jejak langkah mereka seterusnya dapat menerajui kaedah menghasilkan daging di dalam makmal seperti ini?
ISRAEL TERNAK DAGING DALAM MAKMAL?
- Semalam saya cuba makan plant-based burger patty. Patty ni dikeluarkan oleh Harvest Gourmet, salah satu produk Nestle yang fokus kepada plant-based product yang menggantikan produk daging.
- Wife saya grill dulu bahagian luar patty ni untuk bagi rangup, then masuk dalam air fryer dalam 15 minit. Kalau tengok pada rupa tu memang tebal patty ni. Isinya pun kejap dan tak mudah lerai.
- Daripada segi tekstur, walaupun isinya nampal ‘grainy’ di dalam, tapi when it comes to taste, patty plant-based ni masih ada rasa bertepung. Belum dapat rasa betul-betul rasa pejal liat macam tekstur fiber daging yang sebenar.
- Tak hairanlah teknologi untuk menggantikan daging (meat replacement) dalam makanan sekarang ni lebih banyak tertumpu kepada kaedah ‘meat cultivation’ berbanding plant-based meat.
- Meat cultivation ini menggunakan sel daging asli dan dibiakkembangkan di dalam bioreaktor supaya sel asal lebih berkembang dan membesar.
- Mudah cerita, mereka menternak daging di dalam makmal, berbanding menternak lembu untuk daging.
- Rasa dan tekstur produknya pun dikatakan seperti daging, kerana…ia memang daging. Cuma tak menggunakan lembu macam biasa kita ternak untuk tujuan mendapatkan daging.
- Buat masa ni belum ada lagi produk daripada meat cultivation ini di pasaran, tetapi berbillion dollar telah dilaburkan kepada banyak startup yang fokus kepada meat cultivation.
- Walaupun ia belum diiktiraf oleh FDA, tetapi banyak kilang sedang dibina. Yang terbesar sedang dibina berada di Israel. 3 daripada 8 buah startup meat cultivation berada di Israel.
- Walaupun kos penghasilan daging makmal ni tinggi, tetapi dengan keadaan semasa kos makanan ternakan yang semakin tinggi, selain faktor sumber alam seperti sumber air dan keluasan tanah yang besar untuk menternak lembu, ia mungkin satu alternatif untuk masyarakat barat dalam masa hadapan terdekat.
- Dan mengambil kira penghasilan gas methane oleh lembu yang tinggi, carbon credit daripada penghasilan daging makmal ini nampaknya akan menerima banyak minat pelabur.
Saya akan follow rapat teknologi ini.
🥩
Sumber: Ezreen Muhaizie Marzukhi