
Israel Bakal Bina Penempatan Haram Baharu Sempena Nama Donald Trump
Sambil kita bersiap sedia mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2018, Agoda iaitu salah satu platform tempahan penginapan dalam talian paling pesat berkembang di dunia mengumumkan 3 destinasi pilihan ramai untuk menyambut kedatangan Tahun Baharu 2019.

Tokyo, Paris dan New York merupakan destinasi pilihan utama untuk meraikan Tahun Baharu 2019 yang mana lebih daripada satu per tiga orang memilih untuk melancong bagi merayakan malam tahun baharu.
1. Tokyo
Tokyo tersenarai dalam sepuluh destinasi pilihan malam tahun baharu bagi kebanyakan pasaran di dunia dan merupakan destinasi utama bagi pelancong China dan Singapura, sekali gus menjadi suatu tarikan dengan adanya pelbagai acara seperti konsert, perbarisan dan pertunjukan cahaya, menjadikannya sebagai satu destinasi sesuai untuk melupakan peristiwa lalu dengan mengalu-alukan kedatangan Tahun Baharu.

2. Paris
Manakala di Paris terkenal dengan temasya bertema, acara pengiraan detik Tahun Baharu di mercu tanda popular, Menara Eiffel dan persembahan bagi seisi keluarga telah menjadikannya destinasi pilihan ramai di Eropah bagi sambutan Tahun Baharu. Paris yang sinonim dengan jolokan Kota Cinta menduduki tempat sepuluh teratas bagi pelancong-pelancong dari United Kingdom, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Paling menarik, upacara ball drop di Times Square New York menjadikan salah satu sambutan Tahun Baharu yang paling ikonik dan gemilang di dunia. Jadi, tidak dapat disangkal lagi bahawa New York adalah destinasi nombor satu di benua Amerika Utara bagi pelancong di seantero dunia untuk sambutan malam tahun baharu.

Apakah destinasi pilihan pelancong Malaysia untuk meraikan Tahun Baharu?
- Pelancong Malaysia memilih destinasi Asia Tenggara untuk menyambut Tahun Baharu berserta lima destinasi utama bagi tahun 2018 iaitu Bangkok, Taipei ,Hat Yai, Tokyo dan Seoul.
- Thailand merupakan destinasi luar negara paling popular bagi pelancong Malaysia yang mana Bangkok dan Hat Yai berjaya menduduki senarai sepuluh teratas destinasi utama bagi negara Asia untuk tahun 2018.
- Manakala bagi destinasi tempatan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Melaka dan Kuching menjadi pilihan ramai bagi menyambut Tahun Baharu.

Berikut merupakan 10 destinasi pilihan utama pelancong Malaysia bagi sambutan Tahun Baharu 2019:
1. Kuala Lumpur
2. Bangkok
3. Pulau Pinang
4. Langkawi
5. Taipei
6. Hat Yai
7. Melaka
8. Tokyo
9. Kuching
10. Seoul
Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua pembaca MakanLena! Kami juga ingin mengingatkan agar jangan melampaui batas apabila bercuti nanti. Begitu juga jangan lupakan mereka yang sedang melalui saat-saat sukar dalam hidup seperti mangsa banjir dan ahli keluarga mangsa tsunami yang berlaku baru-baru ini di Indonesia.