Ismail Sabri Perdana Menteri ke-9

Ismail Sabri: Timbalan Perdana Menteri Yang Paling Cepat ‘Naik Jawatan’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, TimbalanPerdana Menteri yang paling cepat ‘naik jawatan’.

Selepas Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Mahiaddin Yassin hilang majoriti sokongan di Dewan Rakyat dan meletakkan jawatan secara rasmi pada 16 Ogos lalu, rakyat mula berteka-teki siapakah yang akan menggantikan posisi beliau.

Beberapa nama dicalonkan antaranya Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan selepas mengumpulkan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat, akhirnya Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengesahkan bekas Menteri Keselamatan dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri semasa pemerintahan kerajaan terdahulu sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

BACA: Muhyiddin Yassin Dedah Pernah Disingkirkan Daripada Kerajaan Hanya Kerana Bercakap Benar

Pelantikan beliau yang juga Ahli Parlimen Bera adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(2)(a) dan Perkara 40(2)(a) yang mana YDPA boleh melantik Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Ismail Sabri Perdana Menteri ke-9
Sumber: Twitter Borneo Ghost Online

Bakal mengangkat sumpah pada jam 2.30 petang Sabtu 21 Ogos ini di Istana Negara, Dato’ Sri Ismail Sabri bakal mencatatkan sejarah menjadi Timbalan Perdana Menteri yang paling cepat ‘naik jawatan’ selepas sekitar hampir 40 hari menjawat jawatan berkenaan bermula 7 Julai lalu.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, kemelut politik dapat diakhiri dengan segera dan kesemua Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengenepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik Covid-19 demi kepentingan rakyat dan negara.

Seri Paduka Baginda mengulangi pandangan bahawa rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan pada ketika negara bergelut menghadapi isu kesihatan dan kemurungan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Ahli-ahli Dewan Rakyat turut diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.”

– Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin