
Isi Minyak Sambil Beli Belah Barang Dapur, Ramai Kagum Lihat Keunikan Stesen Petronas Ini
Lazimnya apabila mengunjungi ke sesebuah stesen minyak sementara mengisi bahan api untuk kenderaan, kita akan mengambil kesempatan untuk membeli snek dan minuman yang mudah untuk dimakan sepanjang perjalanan.
Di stesen minyak juga kita boleh melakukan tambah nilai kad Touch ‘N Go ataupun mengeluarkan duit di ATM.
Namun berlainan pula dengan sebuah stesen minyak ini apabila menawarkan keunikan kerana bukan sahaja menjual pelbagai makanan ringan, malah turut menjual barangan keperluan dapur seperti sayur-sayuran, rempat ratus, makanan dalam tin seperti berada di pasaraya!
Ia merupakan sebuah stesen minyak Petronas di Pendang, Kedah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Siti Nur yang juga pemilik stesen minyak terbabit.
Video tersebut menarik perhatian ramai yang mana rata-rata memuji dan kagum dengan idea unik pemilik stesen minyak itu.

Melihat pada ruangan komen, ramai teruja untuk menerjah ke stesen minyak yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan serta memudahkan pengguna apabila memerlukan barang terbabit pada waktu kecemasan.

“Keunikan datang kerana kreativiti, berfikir luar zon biasa. Idea yang bernas menjadi tarikan. Tahniah puan, Ini baru orang bisnes.”
“Suka tengok orang Melayu berjaya macam ni.”
“Ini bukan sekadar Petronas, dah ni supermarket.”
“Saya duduk selama sebulan bagi vaksin dekat Pendang , saya pergi Petronas ini sahaja. Hahaha excited . Bersih teratur , staf sentiasa senyum!”
“5 minit sahaja dari rumah saya. Selalu pergi beli sayur malam-malam kalau nak masak mi atau mihun. Sayurnya segar. Paling suka taugeh di sini.”
@siti5874 Reply to @yayaaris87 ya sis..Petronas Pendang paling UNIK di Malaysia 🥰🥰 #fyp #fypシ #fypage #viral #tiktok #malaysia #petronas #petronastwintower
Sebagai seorang usahawan, pelbagai cara dilakukan dan memerlukan idea di luar kotak untuk menarik perhatian pelanggan.
Diharapkan ada lebih banyak lagi stesen minyak yang memberi kemudahan bermanfaat untuk pengguna.
BACA: Kumpul Duit Sejak Remaja, Bekas Jurutera Berjaya Buka Stesen Minyak Sendiri
Sumber: TikTok Sit Nur
Trending now



