
Iron Man Didakwa Bakal Kembali Dalam Disney+
Kita dapat lihat Marvel kini memberi pelbagai kejutan kepada peminat mereka sejak tamatnya filem Avengers: Endgame serta dengan kemasukan fasa keempat dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).
Umum mengetahui bahawa watak Iron Man/ Tony Stark telah terkorban dalam pertempuran pada penghujung Endgame. Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa Iron Man akan membuat kemunculan semula dan pastinya membuatkan peminat Marvel tertanya-tanya bagaimanakah ia boleh berlaku?
Platfrom penstriman video Disney+ yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ini akan meerbitkan lebih banyak lagi kisah Marvel seperti yang telah diumumkan mereka pada D23 Expo yang lalu dan ini termasuklah watak Iron Man.
BACA: Ini Apa Yang Bakal Hadir Dalam Projek Disney
Menurut sumber, Robert Downey Jr selaku Tony Stark/Iron Man dijangka muncul membawa watak sama, namun hanya menyumbang suaranya bagi siri terbaharu Ironheart.
Siri Ironheart mengisahkan tentang Riri Williams, seorang remaja yang meneruskan legasi Stark di dalam komik. Watak Iron Man dalam siri ini akan menggunakan suara Downey Jr sebagai Tony Stark yang muncul sebagai kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) sama seperti Jarvis.
Ironheart pertama kali diperkenalkan pada tahun 2016 meskipun menerima banyak kritikan tentang watak yang memaparkan seorang remaja berkulit hitam.
Walaupun pihak Marvel belum mengesahkan perkara ini, namun banyak ura-ura mengenai kemunculan Ironheart dalam MCU. Tambahan pula, Downey Jr sendiri ingin melihat karakter adiwira itu dalam francais Marvel.
Sumber: We Got This Covered