Genius

IQ Kanak-Kanak Genius Usia 11 Tahun Ini Mengatasi Albert Einstein Dan Stephen Hawking

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang kanak-kanak lelaki Muslim berusia 11 tahun dari Leeds, United Kingdom didakwa memperolehi markah sebanyak 162 dalam ujian kecerdasan (IQ).

Markah IQ sebanyak 162 tersebut merupakan markah maksimum untuk individu di bawah umur 18 tahun.

Ianya juga mengatasi IQ ahli fizik terkenal di dunia seperti Albert Einstein dan Stephen Hawking yang masing-masing memperolehi 160 markah sahaja.

 

Genius

Kanak-kanak tahun enam tersebut, Yusuf Shah pada mulanya memutuskan untuk mengambil ujian Mensa selepas sentiasa diberitahu oleh rakan-rakan mengenai kepintarannya.

“Saya sentiasa ingin menguji diri sama ada berada dalam dua peratus teratas orang yang mengambil ujian ini.

“Rasa bangga memiliki sijil istimewa ini untuk saya,” jelasnya.

Yusuf yang bercita-cita untuk belajar matematik di Universiti Cambridge atau Universiti Oxford berkata dia suka melakukan apa sahaja yang merangsang otak seperti teka-teki Sudoku dan menyelesaikan kiub Rubik.

Pada bulan Januari yang lalu, Yusuf dikatakan telah mula bermain dengan kiub ikonik tersebut. Dia akhirnya berjaya ‘menyelesaikannya’ dalam masa satu bulan sahaja.

Adiknya Khalid yang berusia lapan tahun juga berharap untuk mengambil ujian Mensa satu hari nanti.

Bagi meraikan pencapaiannya tersebut, Yusuf dan keluarganya telah pergi ke rangkaian restoran ayam Nando’s.

BACA: Rangkul Ijazah Fizik Di Usia 11 Tahun, Kanak-Kanak Ini Rancang Untuk Jadikan Manusia Kekal Abadi

Sumber: myMetro