‘Into Thin Air’, Sebuah Filem Berdasarkan Misteri Kehilangan MH370

Into Thin Air Filem MH370

Sebelum ini, terdapat ura-ura bahawa kisah misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan difilemkan yang mana eksekutif Hollywood, Darlene Leiblich Tipton sebagai pengarah projek.

Bagaimanapun, pembikinan filem ini mungkin bertukar milik apabila dikhabarkan akan diarahkan oleh Christian Rivers – pengarah filem Mortal Engines. Filem itu diberi judul ‘Into Thin Air’ mengisahkan usaha penyiasat yang memiliki masa lampau yang tragis bekerjasama dengan seorang wartawan yang idealistik.

Into Thin Air Filem MH370

‘Into Thin Air’ akan diterbitkan oleh Illusian Media Entertainment dengan kerjasama K JAM Media dan Atlit Media Group manakala skrip ditulis oleh Jonas McCord.

Kini, sudah memasuki tahun keenam tragedi menyayat hati pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang secara tiba-tiba setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke destinasinya, Beijing.

Sumber: Deadline