Interpol Ragui Statistik Data Kes ‘Child Grooming’ Di Malaysia

Kanak-kanak hari ini hidup dalam keadaan yang tidak selamat kerana terdedah menjadi mangsa jenayah sk5sual pedofilia berikutan dengan peningkatan laporan jenayah tersebut setiap tahun.

Awal tahun 2019, Pasukan Penderaan dan Pengabaian Kanak-Kanak Yang Disyaki (SCAN) mendedahkan sebanyak 1,921 kes daripada 3,308 kes di hospital seluruh negara pada 2018 adalah berkenaan dengan kes penderaan sek5ual.

Interpol Ragui Statistik Data Seksual Kanak Kanak 1

Dalam satu program bual bicara di Astro Awan yang bertajuk ‘Awas! Aktiviti ‘ChildGrooming’ Dalam Talian’ seorang Eksekutif Kanan Cyber Security Malaysia , Aaron Mokhtar mendedahkan bahawa data kes penderaan sek5ual kanak-kanak di Malaysia diragui oleh Interpol kerana masih banyak kes yang dirahsiakan kepada pihak berkuasa.

Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di negara Asia gara-gara terikat dengan budaya Asia. Disebabkan budaya tersebut, ibu bapa atau keluarga lebih suka berdiam diri dan ‘menutup’ jenayah yang berlaku kepada anak-anak mereka.

Perkara gangguan sek5ual terhadap kanak-kanak bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana perbuatan mendiamkan diri atau tabiat merahsiakan situasi ini menjadikan pemangsa semakin berlelausa dan berkemungkinan besar mencari mangsa lain dan melakukan jenayah yang sama.

Kolaborasi paling kena..

Kolaborasi Robert De Niro & Martin Scorsese

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI