Instagram Sorok Komen

Instagram Kenalkan Fungsi Baharu Untuk Sorok Komen Jahat Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam dunia internet terutamanya di media sosial, semakin ramai individu yang berani mengeluarkan kata-kata kesat sehingga boleh dikira sebagai menghina dan memfitnah pengguna lain.

BACA: Instagram Bakal Sekat Iklan Promosi Turun Berat Badan, Kosmetik

Bagi membendung masalah yang semakin parah dalam kalangan pengguna internet ini, Instagram telah mengambil inisiatif baharu iaitu memperkenalkan fungsi restrict yang membolehkan pengguna menyorokkan komen negatif yang ditinggalkan pengguna lain.

Ellen BTS Pengikut Palsu Tinggi
Sumber: RNZ

Pengguna boleh mengakses fungsi ini melalui tiga cara, iaitu:

  1. Pergi ke bahagian kiri komen pilihan dan tekan pada tanda seruan di tepi komen untuk masukkan akaun tersebut ke dalam senarai restrict.
  2. Pergi ke akaun si peninggal komen dan klik pada butang tiga titik bucu atas dan pilihan restrict  dapat dilihat.
  3. Pergi ke bahagian tetapan privasi akaun dan pilih Restricted Account. Yang menariknya fungsi ketiga ini, pemilik akaun yang ‘terpilih’ tersebut tidak akan mengetahui bahawa komen mereka telah disorokkan dan akan terus meninggalkan komen tanpa mengetahui perbuatan mereka adalah sia-sia.

Jadi selepas ini, tak perlu risau dengan komen-komen jahat dan negatif netizen yang gemar membuli secara dalam talian. Aktifkan fungsi ini dan kehidupan anda akan lebih tenang.

Sumber: Amanz

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2TghEvHBV-/