Instagram camera effect Ramadan

Instagram Hadir Dengan ‘Camera Effect’ Bertemakan Ramadan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Teknik pertanian zaman kini telah banyak ditambah baik seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Teknologi yang dimaksudkan tidak tertumpu kepada penggunaan mesin dan robot sahaja, kemajuan juga berlaku kepada penggunaan sains dalam pertanian.

Sayangnya, ada di antara kemajuan yang sepatutnya memberi kebaikan kepada pengguna, turut membawa keburukan juga. Demi menjaga pertumbuhan sayuran atau buahan tidak terbantut atau diganggu gugat oleh kehadiran makhluk perosak, racun serangga telah digunakan.

Hasilnya, kuantiti pengeluaran dari hasil ladang semakin bertambah bakan berkesan kerana tiada lagi masalah seperti di atas. Namun, tidak kepada pengguna seperti kita kerana buah dan sayuran tersebut tidak boleh dimakan begitu sahaja, sebaliknya perlu dibasuh dengan betul bagi menghilangkan kesan racun serangga.

Namun, usah risau. MakanLena nak kongsikan kepada anda cara mudah untuk bersihkan buahan dan sayuran agar selamat dimakan seisi keluarga.

cuka

Caranya ialah dengan mencampurkan secawan cuka di dalam semangkuk besar air. Kemudian, buahan atau sayuran yang hendak diguna direndam di dalamnya selama 15 minit. Selepas itu, cucinya dengan hanya lalukan buahan atau sayuran tersebut pada air paip.

rendam buah

Dengan cara ini, bukan sahaja buahan atau sayuran anda menjadi bersih, malahan ia mampu membantu membuang telur-telur cacing yang tersembunyi di celah-celah daun, batang sayur mahupun buah.

basuh buah

Mudah bukan? Selamat mencuba dan kongsikan kepada rakan anda ya.