Instafamous Buat Prank Koronavirus Didakwa Di Mahkamah 2

Instafamous Didakwa Di Mahkamah Selepas Buat ‘Prank’ Koronavirus Dalam Pesawat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang Instafamous, James Potok telah didakwa apabila menyebabkan kru pesawat gempar selepas tiba-tiba mengumumkan bahawa beliau baru pulang dari wilayah Hunan dan merasa tidak sihat.

Instafamous Buat Prank Koronavirus Didakwa Di Mahkamah 1

Tidak lama kemudian, beberapa orang kru pesawat menghampiri beliau dengan memakai topeng muka dan sarung tangan sebelum memakaikan beliau dengan item yang sama.

Instafamous Buat Prank Koronavirus Didakwa Di Mahkamah
Laluan pesawat

Wabak kornavirus yang mula melanda dunia bermula awal Januari lalu kini sudah meragut nyawa lebih 560 orang dengan kes jangkitan sudah melebihi 28,000 serta merebak ke 25 buah negara.

BACA: Wabak Koronavirus Menghampiri Tahap Pandemik – WHO

Walaupun wabak yang semakin serius ini sudah disahkan sebagai darurat kesihatan dunia oleh Pusat Kesihatan Sedunia (WHO), masih ada lagi yang menganggapnya sebagai sesuatu bahan lawak.

Pesawat yang sudah separuh jalan ke Jamaica dengan kapasiti penumpang seramai 243 orang itu kemudiannya terpaksa berpatah balik menuju semula ke Toronto.

Selepas diuji pegawai kesihatan lapangan terbang, Instafamous itu didapati bebas daripada simptom-simptom koronavirus kemudiannya ditahan dan didakwa oleh pihak polis.

Terkenal dengan kandungan-kandungan menarik dan fun, James yang mempunyai 1.4 juta pengikut memberitahu beliau merasakan gurauan tersebut sebagai kelakar namun malangnya tiada seorang pun yang ketawa.

“Saya bawa bersama kamera bersama saya – Saya berharap untuk dapatkan video yang akan tular di paltform media sosial.”

Tonton video penuh temu bual James di pautan bawah:

Sumber: Metro UK