
Insiden Sebenar Bahaya Buli Jalan Raya Pemandu Lori Mengancam Keselamatan Pemandu Lain
Ini merupakan kisah sebenar seorang individu di dalam perjalanan pulang, mengalami insiden menakutkan berhadapan dengan seorang pemandu lori yang melakukan tindakan buli jalan raya, yang telah menunjukkan sikap memandu yang amat berbahaya dan mengancam nyawa orang lain.
Seorang pengguna akaun Twitter, Simrath yang berada dalam perjalanan pulang telah berhadapan dengan situasi secara mendadak, seorang pemandu lori (Plat: VDC 8680; Trak Scania) yang memandu secara merbahaya di Lebuhraya Persekutuan menuju ke Subang.
Artikel berkaitan:
-
Mangsa Kemalangan Diberi Layanan Buruk, Alasan Katil Penuh – “Kita Sedang Siasat”
- Rakam & Viralkan Mangsa Kemalangan Yang Trauma, Normalisasi Yang Patut Dihentikan!
-
‘Bila Ada Kemalangan, Jalan Mesti Sesak ’ – Lelaki Ini Dedah Kenapa Longkai Takut Dirakam
So, after a long day at work, i was on my way home and out of a sudden this Lorry Driver ( Plate: VDC 8680 ; Scania Truck ) was driving super recklessly on Federal Highway exiting into Subang. Look at the thread below for the whole story:
— Simrath (@simrath98) May 25, 2023
Dari kejauhan, pemandu trak tersebut nampak memandu dengan sembrono. Dalam video, pemandu lori tersebut memecut dan memotong dengan cara yang sangat berbahaya, hampir melanggar kereta individu tersebut.
Lori hanya terlepas daripada kereta tersebut dengan beberapa inci sahaja seperti yang dilihat dalam video dan pemandu kereta tersebut telah menekan hon kepada pemandu lori.
3) I kept honking at the driver for what he did. And then out of the blue, he emergency brakes out of nowhere and STOPS. He did not move an inch! As you keep watching, when i tried to switch lanes, he tried to bang into me but i nearly just managed to get pass him (nextvid) pic.twitter.com/MdrwHQNmLl
— Simrath (@simrath98) May 25, 2023
Setelah pemandu lori memotong kereta, pemandu kereta cuba untuk memotong semula pemandu lori tersebut. Namun, semasa memotong, pemandu lori didapati telah sengaja memasuki lorongnya dan hampir melanggar dia sekali lagi. Individu tersebut terpaksa melakukan brek kecemasan kerana kejadian berlaku begitu cepat.
Pemandu kereta terus menekan hon dan secara tiba-tiba, pemandu lori tersebut melakukan brek kecemasan tanpa sebarang sebab dan berhenti. Apabila pemandu kereta cuba menukar lorong, pemandu lori cuba melanggar dia tetapi individu tersebut hampir berjaya melepasi dia.
Tidak ada sebab bagi pemandu lori tersebut untuk menukar lorong seperti itu, tujuannya hanya untuk melanggar individu tersebut. Pemandu tersebut kemudian pergi ke lorong paling kiri, memecut, dan cuba melepasi pemandu lori.
Lori tersebut hampir melanggar sebuah Myvi hitam ketika itu. Lori memotong dengan merbahaya hampir melanggar kereta lain. Pemandu lori itu hanya menunggu di situ dan kemudian bergerak setelah ramai pemandu lain mula menekan hon kepadanya.
Pemandu kereta tersebut telah membuat laporan kepada SPAD dan menghantar semua rekaman tersebut. Dia berharap lesen memandu pemandu lori tersebut dibatalkan dan dia digantung kerana memandu berbahaya seperti ini. Dia berharap pihak yang berkenaan dapat bertindak dan menyiasat lebih lanjut.