Insentif Pengecualian Cukai Lonjak Jualan PROTON

Insentif Pengecualian Cukai Lonjak Jualan Kereta PROTON

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam perutusan khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 5 Jun, kerajaan telah mengumumkan insentif pengecualian cukai jualan sebanyak 100% ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan sehingga hujung tahun ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara.

BACA: Insentif Pengecualian Cukai Jualan Sehingga 100%, Adakah Harga Kereta Akan Jadi Lebih Murah?

Pengumuman ini menyebabkan harga kereta menjadi lebih murah sehinggakan ramai yang memilih untuk membeli kenderaan dalam tempoh pengecualian ini diberikan.

PROTON mencatatkan peningkatan sebanyak 69.5% dengan jualan 9,623 unit kenderaan pada bulan Jun. Angka ini merupakan angka bulanan kedua tertinggi untuk tahun ini berbanding bulan terdahulu (Mei) dan bulan sama pada tahun lalu (Jun 2019)/

Menurut Berita Harian, dengan penguasaan pasaran setakat ini adalah 21.2%, kutipan jualan PROTON untuk separuh pertama 2020 telah meningkat sebanyak 6.5% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Saga yang paling banyak mendorong kenaikan jualan PROTON mencatatkan prestasi penjualan terbaik dala tempoh 70 bulan dan Proton X70 berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C terlaris di Malaysia dengan jumlah jualan pada bulan lalu adalah sebanyak 1,909 unit sekaligus menjadikannya SUV pilihan utama secara keseluruhan untuk separuh pertama tahun ini.

Insentif Pengecualian Cukai Jualan Sehingga 100%, Adakah Harga Kereta Akan Jadi Lebih Murah?
Sumber: Facebook

Manakala Proton Exora masih kekal sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen C terlaris dan Proton Iriz pula di kedudukan ketiga dalam kategori hatchback segmen B.

Pada Mac, Proton mencatatkan penyusutan jualan sebanyak 67% susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia.

Sumber: Berita Harian