
Insentif Pengecualian Cukai Jualan Sehingga 100%, Adakah Harga Kereta Akan Jadi Lebih Murah?
Dalam perutusan khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, kerajaan telah mengumumkan insentif pengecualian cukai jualan sebanyak 100% ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan sehingga hujung tahun ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara.
Insentif yang diberikan bermula 15 Jun hingga 31 Disember ini turut memberikan pengecualian cukai 50% bagi kereta penumpang yang diimport bagi tempoh yang sama.

Dengan pengecualian ini adakah harga kereta akan menjadi lebih murah?
Ya, harga kereta akan menjadi lebih murah namun ianya bukanlah dalam jumlah yang besar kerana kesannya hanya 100% daripada harga kereta dan tidak terpakai ke atas duti import dan duti eksais.
Menurut sumber paultan.org, insentif ini akan membawa kembali kepada situasi hampir sama ketika dalam tempoh ‘cuti cukai’ pada Jun hingga Ogos 2018 yang menyaksikan pemansuhan cukai GST daripada semua harga kereta yang kemudiannya menggunakan kaedah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang digunakan sehingga hari ini. Dengan pelan terbaharu PENJANA ini, SST akan dimansuhkan seketika sehingga hujung tahun ini.
BACA: 5 Langkah Mudah Penjagaan Kereta Ketika PKP
Dengan cara insentif pengecualian cukai ini, kerajaan berharap agar industri jualan kereta dapat dirancakkan lagi seterusnya menjana kepada pergerakan ekonomi negara.
Buat mereka yang mahu memiliki kereta, tempoh ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda laksanakan hasrat anda.
Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB), ramai yang risau dengan ‘kesihatan’ kereta mereka. cakna dengan kerisauan ramai, PROTON Holdings Bhd (PROTON) telah mengeluarkan lima langkah mudah penjagaan kereta anda sepnajang musim PKP ini. Tip ini turut terpakai untuk kenderaan jenama lain juga.
Antara lima cadangan dari PROTON tentang bagaimana untuk menjaga kenderaan anda semasa PKP adalah membersih bahagian dalaman kenderaan, menghidupkan enjin secara berkala, memeriksa tekanan angin tayar, menegakkan pengilap cermin kereta dan mengelakkan bintik mendatar pada kereta.
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Sumber: Paultan.org