
Inilah Masanya Kongsi Cadangan Anda Pada Belanjawan 2020
Kita semakin menghampiri penghujung tahun 2019 dan bakal membuka tirai tahun 2020. Susulan itu, orang ramai dipelawa untuk menyumbang cadangan masing-masing bagi penyediaan input Belanjawan 2020 secara dalam talian di laman web Belanjawan2020.
Cadangan itu boleh dihantar mulai 9 Ogos sehingga 11 September 2019 dan Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada 11 Oktober depan. Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, cadangan itu dilaksanakan bagi mmbolehkan semua lapisan masyarakat turut sama terbabit mengemukakan pandangan.
Perkara ini amat penting untuk rakyat menyuarakan pandangan supaya kerajaan boleh mendengar keluhan rakyat dan menggunakan pendapat dalam pembikinan Belanjawan 2020 ini nanti.
Terdapat 14 kategori yang telah disertakan untuk kemudahan rakyat memberi cadangan. Berikut merupakan senarai kategori dibawah Cadangan Belanjawan 2020:
1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Memperkasakan Kualiti Pendidikan
3. Menambah Baik Peluang Pekerjaan
4. Mengukuhkan Institusi Sektor Awam
5. Memantapkan Infrastruktur Awam
6. Meneroka Teknologi dan Inovasi Baharu
7. Merancak Keusahawanan dan Perniagaan
8. Memastikan Kesejahteraan dan Keadilan Sosial
9. Menggalakkan Gaya Hidup Sihat
10. Meningkatkan Akses Kepada Perumahan
11. Memelihara Alam Sekitar Melalui Pembangunan Lestari
12. Mempertahankan Keselamatan Awam dan Kedaulatan Negara
13. Memacu Pembangunan Sukan Negara
14. Mengukuhkan Kedudukan Kewangan Negara
Inilah masanya kita memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia menyuarakan pandangan agar dapat diperdengarkan oleh kerajaan. Jangan lupa sertakan sekali tanda pagar #belanjawan2020 di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter ketika berkongsi cadangan anda itu.