
Inilah Bukti Sikap Hipokrit Dunia Barat Terhadap Islam Yang Kini Terserlah Di Qatar
Entah kenapa, sejak Qatar terpilih menjadi hos Piala Dunia FIFA 2022, dunia Barat dilihat bagaikan tidak boleh menerima kenyataan.
Meskipun temasya bola sepak tersebut ketika ini sedang berlangsung, masih lagi dilihat ada segelintir pihak yang tidak habis-habis ‘menyerang’ Qatar.
Menariknya, tindakan ini sebenarnya menunjukkan dan memperlihatkan lagi kepada dunia bukti jelas sikap hipokrit serta ‘double standard’ yang diamalkan oleh mereka.
Di Twitter, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung @FirdausWong telah membuat bebenang berikut bagi menerangkan dengan lebih lanjut lagi sikap buruk mereka ini kepada orang ramai.
Nak tahu hipokritnya Barat tentang Piala Dunia Qatar 2022?
Sesiapa yang mahu ke negara mereka perlu menghormati nilai negara mereka atau tidak boleh masuk tetapi mereka mahu ke Qatar dan mahu Qatar menukar nilai untuk mereka ke sana?
Kebebasan bersuara
Mereka bebas bersuara mengkritik sesiapa hatta agama dan budaya orang lain lalu menamakan ‘freedom of speech’ tetapi bila orang kritik nilai dan budaya songsang mereka dipanggil pula ‘hate speech’.
Mempromosikan budaya songsang
Mereka mahu mempromosikan budaya songsang dalam filem dan program TV tetapi upacara pembukaan Piala Dunia Qatar memaparkan bacaan dan ajaran Islam tidak mahu disiarkan mereka!
Hak Asasi Manusia
Mereka mahu memboikot Piala Dunia Qatar kononnya rekod hak asasi manusia yang teruk tetapi mereka lupa jutaan orang awam mati kerana perang yang dilancarkan. Diamnya mereka tentang keganasan Zionis!
Umpama ketam mengajar anak berjalan.
Boikot Piala Dunia Qatar
Bersungguh-sungguh mahu memboikot negara dan sindir negara Arab tetapi tidak malu malahan mengalukan dana Arab untuk membeli kelab mereka.
Double standard?
BACA: FIFA World Cup 2022: Usaha Murni Qatar Berdakwah Disambut Baik, Terima Banyak Pujian
Sumber: @FirdausWong
Trending now



