
Ini Yang Berlaku Jika Perdana Menteri Hilang Majoriti Di Israel
Di Malaysia, isu hilang majoriti kini sedang hangat diperkatakan. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan jatuh susulan daripada UMNO menarik sokongan terhadap beliau. Bagaimana pula situasinya jika Perdana Menteri hilang majoriti di Israel?
BACA: Pernah Dipecat Daripada Jawatan TPM Kerana Persoal 1MDB, Muhyiddin Yassin Kini Sah PM Ke-8
Namun menurut Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. madya Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husian berkata keabsahannya boleh ditentukan menerusi pertemuan bersemuka ahli Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong kerana proses penentuan kepercayaan kepada Perdana Menteri dibuat di luar Parlimen dan perlu ditentukan sendiri oleh Seri Paduka sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, iaitu:
“Yang di-Pertuan Agong berhak melantik Perdana Menteri daripada ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka mendapat sokongan majoriti.”
Bagaimana pula dengan di Israel?
Menurut Khalid Jimat, jika Perdana Menteri Israel hilang majoriti, beliau perlu meletakkan jawatan.
Presiden kemudiannya akan memberi rpeluang kepada seorang wakil rakyat lain untuk cuba membentuk kerajaan dalam tempoh 28 hari dan boleh dilanjutkan lagi kepada 14 hari sekiranya perlu.
Peluang akan diberikan kepada ketua partu atau gabungan lain yang mempunyai bilangan wakil rakyat yang terbesar atau kedua terbesar di parlimen kerana di Israel tidak pernah ada satu parti yang memiliki majoriti mudah disebabkan sistem pilihanraya yang digunakan selain daripada bilangan parti yang bertanding adalah terlalu banyak.
Dalam tempoh 28 hari yang diberi, calon Perdana Menteri akan berunding dengan parti-parti lain dan membuat tawaran untuk mendapatkan sokongan dan kebiasaannya bertepatan dengan manifesto parti masing-masing.

Pada ketika ini, parti-parti kecil akan menjadi king maker dan menuntut apa yang mereka mahukan. Jika rundingan berjaya, keputusan akan dibawa kepada perhatian Presiden dan Speaker Dewan sebelum dewan bersidang untuk Perdana Menteri membentangkan polisi kerajaan dan kementerian yang akan diwujudkan berserta dengan fungsi-fungsinya.
Kerajaan ini kemudiannya akan diuji dengan undi percaya untuk mengesahkan keabsahannya kerana pernah berlaku wakil rakyat daripada parti komponen kerajaan menarik sokongan di saat akhir.
Jika gagal, peluang akan diberikan kepada calon lain yang berpotensi. Sekiranya masih juga tiada, pilihanraya akan diadakan semula.
Lihat sahaja yang berlaku semasa pilihanraya Israel pada 2021 apabila Netanyahu gagal membentuk kerajaan dengan minimum jumlah undian 61 kerusi sebelum peluang diberikan kepada Yair Lapid yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah (61/120 kerusi) melalui gabungan lapan parti termasuklah sebuah parti Arab.
Malah Lapid juga bersetuju untuk bergilir menjadi Perdana Menteri dengan Naftali Bennett daripada parti ekstrem kanan, masing-masing selama dua tahun setiap orang bagi memastikan kerajaan yang baru dibina ini mampu menyerap kritikan keras daripada Netanyahu dan sekutunya.
Sumber: Khalid Jimat
Trending now



