
Ini Yang Berlaku Apabila Golongan Transgender Menguasai Sukan Wanita
Sejak setahun yang lalu, negara kita dikejutkan dengan kebangkitan golongan LGBT atas dasar hak asasi manusia. Juga ada beberapa kenyataan terutama daripada golongan aktivitis yang cenderung menyokong LGBT secara terbuka.
Di Malaysia, jarang isu transgender dalam dunia sukan dibahaskan. Mungkin golongan ini tiada yang menyertai dalam bidang sukan (atau sudah ada tetapi tidak didedahkan). Jika di negara luar, golongan transgender dibenarkan bertanding dalam acara sukan yang mereka terlibat.

Putra Nubhan berkongsi hantaran mengenai isu golongan transgender menguasai sukan wanita di Facebooknya.
Walaupun mereka bertukar jantina lelaki kepada wanita, fizikal mereka masih memiliki ciri-ciri lelaki.
Golongan feminis yang sememangnya memperjuangkan hak wanita tidak mampu bersuara.
Namun di AS bukan semua orang berideologi liberal, masih ada yang berfikiran konservatif yang masih berpendirian jantina hanya ada dua, menolak perkahwinan sejenis dan tidak menyokong hak menggugurkan bayi dan sebagainya, namun kuasa dan suara mereka kini sangat kecil.
Walaupun kononnya mereka sangat mengamalkan kebebasan bersuara, namun hakikatnya jika ada suara yang bertentangan dengan ideologi liberal mereka, orang itu akan dicemuh dan mendapat tekanan dari pelbagai pihak seperti dihalau dari rumah sewa, pusat membeli belah, kafe dan sebagainya.
Bagi kami, sukar untuk mengerti di mana logiknya seorang transgender dibenarkan bertanding dalam sukan kategori wanita sedangkan individu transgender itu mempunyai kelebihan berbanding wanita dalam sukan yang sama.
Sumber: Putra Nubhan
Trending now



