Tip Perlu Tahu Laptop Tahan Lama

Ini Tip Yang Anda Perlu Tahu Dalam Penjagaan Laptop Agar Tahan Lebih Lama

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tip Yang Anda Perlu Tahu Dalam Penjagaan Laptop Agar Tahan Lebih Lama.

Pastinya ramai bersetuju bahawa laptop sama penting dengan telefon pintar yang memang tak dapat dipisahkan terutamanya dalam situasi yang kita hadapi ketika ini.

Tidak kira anda seorang pelajar yang sibuk menyiapkan tesis dan penyelidikan atau menyiapkan kerja-kerja pejabat yang tidak berkesudahan, hakikatnya tetap sama – laptop akan menjadi sebahagian daripada hidup anda. Jika ia mendatangkan masalah atau rosak, ia cukup menyusahkan!

Teknologi yang semakin berkembang pesat, pasti anda pernah terfikir beberapa kali untuk menaik taraf laptop sedia ada meskipun baharu dua tahun digunakan.

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli yang baharu, pastikan dahulu masalah apa yang menyebabkan laptop anda mula meragam.

Tip Perlu Tahu Laptop Tahan Lama

Pengasas IT.Geeks Malaysia @AmanJamadi telah berkongsi beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum membeli laptop baharu. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

Ini tip yang anda perlu tahu dalam penjagaan laptop agar tahan lebih lama.

1. Kalau laptop lambat atau lag, jangan beli laptop baharu. Upgrade SSD automatik laju.

2.
Kalau screen laptop sudah crack atau rosak, jangan beli laptop baharu. Tukar screen, set budget RM270-RM300.

3. Kalau laptop on tapi screen tak menyala, jangan beli laptop baharu. Tukar RAM sahaja.

4. Kalau keyboard, touchpad, speaker rosak, jangan beli laptop baru. Tukar saja kepada OEM. Harga murah, kualiti hampir sama dengan original.

5. Kalau mic/webcam rosak, jangan beli laptop baru. Format atau update driver. Harga format RM30-RM50. Webcam rosak, beli external webcam.

Anda hanya disaran beli laptop baharu apabila kondisi sudah teruk sangat atau lama. Elakkan membaiki motherboard kerana ia berpotensi untuk laptop anda rosak lagi, malah kosnya juga mahal.

Setiap laptop mempunyai daya tahan tersendiri. Pastikan anda tahu kelebihan dan kekurangan laptop anda.

Apa yang penting, jagalah laptop seperti nyawa anda sendiri.

BACA: 5 Kesalahan Yang Mungkin Anda Tidak Sedar Ketika Mengecas Telefon