
Ini Syarat Mudah Untuk Anda Guna Semula Topeng Penutup Muka Sebagai Langkah Berjimat
Ini syarat mudah bagi anda yang mahu guna semula topeng penutup muka.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah menyuarakan kebimbangan mengenai penggunaan topeng muka secara mandatori sebagai langkah pencegahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) susulan daripada harganya yang bukan murah.
Ini syarat mudahnya
Presiden MMA, Dr N Ganabaskaran menyarankan agar orang ramai tidak menggunakan kembali topeng muka dan menggunakan topeng muka jenis kain yang sedang dijual secara meluas di pasaran.
“Topeng muka pakai buang hanya boleh digunakan sekali sahaja dan dibuang. Manakala topeng muka jenis kain perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum diguna semula.”
Oleh sebab topeng muka jenis fabrik boleh diguna semula, beliau menyarankan agar orang ramai melabur bagi mendapatkan topeng muka jenis kain yang berkualiti.
Menurut seorang pakar perubatan dari Universiti Malaya, Dr Moy Foong Ming, topeng muka jenis pakai buang hanya boleh digunakan sekiranya dipakai dalam tempoh sekejap dan tidak basah serta rosak. Bagi pengguna pengangkutan awam seperti bas dan LRT, penggunaan topeng muka sangatlah digalakkan kerana amalan penjarakan sosial agak susah dilakukan di kawasan sempit dan sesak.
Terdahulu, saintis menyarankan agar orang ramai memakai topeng muka kerana virus COVID-19 boleh tersebar hanya dengan berbual. Berbeza dengan saranan dahulu yang hanya bertumpu kepada mereka yang bergejala, seorang saintis Amerika Syarikat memberitahu, virus COVID-19 ini berkemungkinan besar boleh tersebar menerusi udara hanya dengan pernafasan biasa mahu pun pertuturan.
BACA: Pakai Topeng Muka, Virus COVID-19 Boleh Tersebar Hanya Dengan Berbual – Saintis
Anthony Fausi, Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit di Institusi Kesihatan Negara Amerika Syarikat menerangkan, penggunaan topeng muka kini diperlukan kerana virus berkenaan sebenarnya boleh disebarkan ketika berbual; konsep sama seperti batuk dan bersin.
Trending now



