
Ini Sebabnya Kenapa Orang Syiah Sendiri Pun Tidak Mengaku Mengamalkan Ajaran Syiah
Telah diketahui umum, sifat orang syiah ialah suka menyembunyikan kebenaran, berdusta dan berbohong.
Orang syiah ini juga menganggap bahawa menipu itu adalah satu sifat yang mulia, tidak berdosa dan tidak menjadi kesalahan kerana ia dilakukan mengikut amalan Taqiyah.
Melalui perkongsian ilmu yang dibuat oleh Dr Abdul Rahman A Shukor di Facebooknya Abdel Rahmanov berikut, telah didedahkan secara lebih terperinci mengenai amalan Taqiyah di kalangan orang syiah ini yang boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk semua umat Islam.
“Kenapa orang Syiah tidak mengaku sebagai orang Syiah walaupun mereka memang mengamalkan ajaran Syiah?”
- Orang Syiah tidak mengaku sebagai orang Syiah kerana mereka sedang melakukan Taqiyah iaitu suatu amalan menyembunyikan kebenaran dengan berdusta dan berbohong. Amalan Taqiyah ini adalah doktrin dalam akidah Syiah dan menjadi amalan wajib bagi orang Syiah.
- Al-Kulaini, ulama Syiah meriwayatkan, dalam kitab Usul Kafi, “Daripada Ibnu Umair Al-A’jami dia berkata: Telah berkata kepadaku Abu Abdillah AS: Ya Abu Umar, sesungguhnya sembilan per sepuluh (90%) daripada agama adalah Taqiyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak Taqiyah.” Kitab Usul Kafi ialah kitab utama yang dianggap paling sahih bagi orang Syiah.
- “Daripada Abu Abdillah a.s. dia berkata: Jagalah agamamu dan bentengilah ia dengan Taqiyah kerana tidak beriman seseorang tanpa melakukan Taqiyah.” (Kitab Usul Al-Kafi)
- Inilah sebab orang Syiah amat sukar untuk mengaku mereka sebagai orang Syiah. Mereka tidak berasa berdosa menipu kerana Taqiyah menurut mereka adalah amalan yang amat mulia dalam agama. Bahkan seseorang itu dianggap tidak beriman jika tidak melakukan Taqiyah!
- Apatah lagi jika mereka mengaku sebagai orang Syiah maka mereka akan menghadapi bermacam kesukaran dalam kehidupan dan dicemuh oleh masyarakat. Maka amalan Taqiyah ini adalah penyelamat mereka.
- Berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Taqiyah dilarang dalam Islam kerana ia adalah amalan berbohong dan berdusta yang merupakan dosa besar seperti dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari:
“Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang dosa besar? Kami (sahabat) menjawab: “Ya, sudah tentu wahai Rasulullah”
Beliau bersabda: “Ada tiga iaitu menyekutukan Allah (syirik), derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta (berbohong) atau kesaksian dusta.” Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda berhenti”
- Berdusta bagi orang Syiah bagaikan roh dengan jasad yang tidak dapat dipisahkan.
- Jadi jika kita bertanya kepada orang Syiah, “Adakah kamu orang Syiah?” Sudah pasti mereka akan katakan dengan yakin, “Kami bukan orang Syiah!”
Percayalah, mereka berdusta!
Dr. Abdél Rahmanov
28 Ogos 2022
BACA: Pusat Kegiatan Syiah Dikatakan Semakin Bercambah Di Selangor
Sumber: Abdel Rahmanov