
Ini Sebabnya Kenapa Orang Korea Sangat Respek Orang Islam Yang Menjaga Solat
Tidak ramai yang menyedari, kepatuhan dan disiplin yang tinggi di kalangan umat Islam amat dikagumi oleh mereka yang bukan beragama Islam sejak dari dulu lagi.
Situasi ini amat mudah dilihat ketika beribu-ribu umat Islam sanggup datang membanjiri masjid pada setiap hari Jumaat dan berjuta-juta lagi rela hadir berada di hadapan Kaabah pada setiap musim Haji.
Maka tidak hairanlah umat Islam tidak gentar dan amat digeruni ketika zaman peperangan serta mereka juga akan bangkit bersatu menentang sesiapa sahaja yang berani menghina agama dan Rasul mereka.
Malah, orang Korea menganggap, jika seseorang Muslim itu boleh patuh dan taat kepada Allah sebanyak 5 kali sehari walaupun mereka tidak berupaya untuk melihat-Nya, maka sudah tentu mereka juga tidak ada masalah untuk menguruskan masa dan menghormati majikan serta pihak atasan di tempat kerja.
Seperti kisah menarik yang dikongsikan oleh Azizul Zairi di Facebooknya ini yang menceritakan tentang pengalamannya semasa menghadiri satu sesi temuduga bersama orang Korea.
ORANG KOREA PUN CONCERN TENTANG SOLAT
Saya pernah interview dengan satu syarikat machine manufacturer yang berpengkalan di Korea. Yang interview saya adalah Executive Director berbangsa Korea.
Soalan pertama “How many times a day do you pray?”
Wow! Soalan trick jenis apa ni.
Jadi saya jawab jelah seringkas mungkin tapi padat.
Soalan kedua pula “what about Friday prayers? how many hours do you need?”
Rasa macam, apa ni? Punyalah prepare study macam-macam sebelum interview soalan ni je dia tanya?
Soalan seterusnya baru dia tanya soalan yang berkaitan dengan kerja.
Hujung sesi baru dia jelaskan. Dia sangat hormat dengan orang Islam yang sibuk bekerja tetapi jaga waktu solat. Bagi dia di situlah terletaknya kejayaan seseorang Muslim. TIME MANAGEMENT.
Dia jelaskan secara ringkas, betapa hebat, tak kira level mana pun tahap kerja dan kerjaya kita, TIME MANAGEMENT adalah tanda utama seseorang itu amanah dan bijak mengurus masa. Maksud tersiratnya, dengan Tuhan yang kita tak nampak pun wajib kita taat, ini pula setakat dengan amanah tugasan yang boss bagi. Minimum supervision kata mudahnya.
ALLAH SWT berfirman:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr).
- Masa kita terhad dan sudah ditetapkan ALLAH beri satu masa yang tetap kepada kita. Daripada mula kita dilahirkan sehingga saat kita menghembus nafas terakhir, kita tidak mampu atau berupaya untuk mengubah masa.
- Sentiasa memperbaiki diri.
Masa dan peredarannya yang disebut dalam Surah al-Asr juga bertujuan untuk memperingati kita bahawa kita perlu berhijrah daripada daripada satu tahap kepada satu tahap yang lebih baik.
- Begitulah Islam mendidik kita dalam disiplin masa. 5S, Kaizen, FMEA, 7QC Tools, Lean Six Sigma dan macam-macam lagi tools kita belajar merangkumi kebijaksanaan mengurus masa.
BACA: Anak Muda Kelahiran Bangi Terajui Bidang Teknologi Pemulihan Data Di Korea
Sumber: Facebook Azizul Zairi