Ketuk Remote TV Kembali Berfungsi

Ini Sebab Remote TV Kembali Berfungsi Selepas Diketuk Berkali-Kali

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Apabila mahu bertukar siaran, pasti remote TV (alat kawalan jauh televisyen) kita buat hal. Kita akan gunakan kaedah mengetuk belakang remote pada tangan berulang kali.

Ajaibnya, remote TV akan kembali berfungsi dan boleh digunakan semula dengan baik.

Walaupun memang terbukti melalui teknik ini membuatkan alat tersebut boleh berfungsi semula, namun ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah tindakan seperti itu dapat membuatkan alat kawalan jauh itu kembali berfungsi?

Sebelum mengetahui lebih lanjut tentang ‘keajaiban’ ini, kita perlu tahu mengenai punca utama masalah alat kawalan jauh.

Alat kawalan jauh televisyen menggunakan bateri bagi punca kuasa yang membolehkan alat tersebut berfungsi.

Ketuk Remote TV Kembali Berfungsi

Bateri yang digunakan dalam alat kawalan jauh tersebut berpotensi untuk berada di dalam alat tersebut dalam tempoh yang agak lama.

Oleh sebab itu, lapisan pengoksidaan terbentuk antara spring terminal dan penghubung bateri sepanjang bateri yang sama digunakan.

Lapisan oksida itu mempunyai ketahanan yang tinggi iaitu dapat menyekat aliran arus untuk melaluinya. Kesannya, voltan akan terjejas serta berkurangan menyebabkan alat kawalan jauh tersebut tidak berfungsi dengan baik.

Ketuk Remote TV Kembali Berfungsi
Sumber: Science ABC

Maka, dengan menghentak dan mengoncangkan alat kawalan jauh itu, ia dapat menyalurkan semula arus tenaga dan membolehkan alat tersebut digunakan semula.

Kaedah ini juga dikenali sebagai penyelenggaraan percussive yang turut dilakukan pada bateri kereta, televisyen dan juga mesin fotokopi.

Langkah ini lebih jelas dapat membantu alat kawalan jauh anda berfungsi kerana dengan menampar atau memukul alat kawalan jauh secara asasnya dapat meletakkan semula hubungan bateri pada kedudukan yang sebenar.

Sebenarnya, kaedah ini bukan digunakan untuk alat kawalan jauh sahaja. Malah, alat pembakar roti, bateri kereta, mesin fotostat mahupun televisyen yang gagal berfungsi juga dibaiki menggunakan teknik yang sama.

Sumber: Science ABC

BACA: 3 Smart TV Bagus Yang Boleh Anda Dapatkan Dengan Harga Bajet RM500

BACA: 5 TV Yang Boleh Anda Dapat Dengan Bajet Bawah RM300