Ini Sebab Mengapa YDPA Menggelarkan Malaysia Sebagai ‘Kerajaan Beta’ Dalam Persidangan Dewan Rakyat 1

Ini Sebab Mengapa YDPA Gelarkan Malaysia Sebagai ‘Kerajaan Beta’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Isteri Curang Dengan 300 Lelaki Gara-Gara Kesunyian Suami Sibuk Bekerja

Perkahwinan bukanlah satu urusan kehidupan yang mudah. Ia merupakan perhubungan seumur hidup antara dua insan yang memerlukan pengorbanan.

Tanpa kerjasama dan usaha dari kedua-dua pihak, amat mudah untuk salah seorang pasangan curang dalam kehidupan.

Mengejutkan, seorang wanita di wilayah Jiangsu, Beijing, China dilaporkan bermain kayu tiga dengan 300 orang lelaki kerana ingin mengisi rasa kesunyian gara-gara suaminya terlalu sibuk bekerja.

Memetik sumber berita, wanita yang dikenali sebagai Zhang itu bukan sahaja sudah berkahwin, turut sudah memiliki dua cahaya mata.

Namun, disebabkan kemurungan dia mencari jalan untuk mengisi kesunyian itu dengan mencari kekasih gelap di media sosial.

Perbuatannya menduakan suaminya itu bermula sejak 2017 lagi. Ia terjadi apabila dia membuka akaun palsu di media sosial dengan nama Zhou Mo dan meletakkan status sebagai ibu tunggal untuk menarik perhatian lelaki.

Karakter Zhang yang pandai menggoda memudahkannya mendapat teman lelaki walaupun tidak memuat naik wajah sebenar. Malah, wanita itu pernah bercinta lebih daripada seorang lelaki dalam satu masa.

Hubungan Zhang kemudian berubah menjadi penipuan, dengan alasan bahawa dia memerlukan wang untuk membayar sewa, rawatan perubatan atau barang keperluan untuk anak, dia mula meminta pinjaman dari lelaki yang dia kenali dari dalam talian.

Taktik itu berhasil dan membolehkannya meraih wang 400,000 yuan (kira-kira RM249,000) daripada kesemua teman lelakinya. Dilaporkan bahawa kegiatannya itu dilakukan dalam masa dua tahun dengan berjaya menipu 300 lelaki.

Isteri Curang 300 Lelaki

Namun, penipuan Zhang tidak kekal lama selepas terbongkar pada Ogos tahun lalu yang mana seorang daripada teman lelakinya melakukan pemeriksaan latar belakang seterusnya membuat laporan selepas mendapati tertipu.

Sebulan kemudian, Zhang ditangkap dan mengaku sudah menghabiskan sebahagian besar wang diperoleh untuk bermain judi dalam talian.

Sepanjang tempoh dua tahun, suami dan anak Zhang tidak tahu apa yang dilakukan wanita itu. Disebabkan itu, suaminya terkejut tetapi gembira apabila penipuan isterinya terbongkar.

Zhang akhirnya dihadapkan ke mahkamah pada Ogos lalu dan dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun lima bulan dan denda sebanyak 40,000 yuan (kira-kira RM25,000).

Isu curang dalam perkahwinan bukan perkara baharu, sehinggakan ada beberapa kajian yang mengkaji tentangnya dan sebab di sebalik kecurangan dalam perkahwinan.

Ada pelbagai cara untuk pasangan berkahwin boleh cuba untuk menguatkan ikatan kasih sayang. Antaranya, memikat hati pasangan dengan membeli barangan keperluan rumah.

Sekarang ini, bermacam barang keperluan rumah di jual secara dalam talian. Boleh jadikan sebagai hadiah ulang tahun atau apa-apa hari istimewa anda dan pasangan dengan membeli produk keperluan rumah di Kedai Ali Houseware, boleh dapatkannya DI SINI.