
Ini Sebab Mengapa Resume Elon Musk Patut Jadi Contoh Kepada Pencari Kerja Di Seluruh Dunia
Ini sebab mengapa resume Elon Musk patut jadi contoh kepada pencari kerja di seluruh dunia.
Resume pengasas bersama Tesla Inc dan Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk menjadi trend selepas banyak digunakan sebagai rujukan dan panduan pencari kerja di seluruh dunia.
Tapi bagaimana kejayaan demi kejayaan yang beliau berjaya kecapi sehingga tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya dunia ini boleh dimuatkan hanya dalam satu halaman resume sahaja?
Ini sebab mengapa resume Elon Musk patut jadi contoh kepada pencari kerja seluruh dunia.
Biarpun hanya satu halaman, resume Elon Musk yang dihasilkan oleh pihak Novoresume dengan konsep less is more ini boleh dijadikan contoh untuk pencari kerja atas beberapa sebab utama antaranya lengkap dengan maklumat yang diperlukan majikan dan mudah untuk dibaca – bentuk infografik.
Resume tahun 2020:

Resume tahun 2016:

Kalau pencapaian Elon Musk yang terlampau banyak pun boleh dimuatkan dalam resume satu halaman, tak akan pula anda tak mampu?
Terdahulu pada November 2019, pelan Internet Satelit Space-X (Starlink) milik Elon Musk dijangka bakal melancarkan antara enam ke lapan buah satelit ke angkasa bagi memastikan pada tahun 2020 syarikatnya boleh menyediakan perkhidmatan internet paling murah dan laju meliputi seluruh kawasan Amerika Syarikat.
BACA: Elon Musk Tawar Pelan Internet Paling Murah Dan Laju Ke Seluruh Dunia Menjelang 2020
Masih meneliti sebanyak mana caj yang akan dikenakan kepada pengguna, SpaceX telah memasang sebuah terminal Starlink di rumah Elon Musk. Malah sejak Mei tahun lalu lagi, SpaceX telah menghantar 60 buah satelit pertama mereka bagi menyokong insfrastruktur rangkaian internet tersebut.