Wanita Kopi

Ini Sebab Kenapa Wanita Tak Boleh Banyak Sangat Minum Kopi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Betul ke golongan wanita tak digalakkan sangat minum kopi kerana pengambilan yang berlebihan akan membawa kemudaratan?

Selalunya kenyataan sedemikian macam susah kita nak percaya dan menganggapnya hanya sekadar kepercayaan karut dan mitos semata-mata.

Tapi sebenarnya, kenyataan tersebut memang ada kebenarannya seperti yang didedahkan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui satu hantaran di Facebooknya.

Betul. Tak kisahlah kopi apa pun – black, latte, cappuccino, americano, espresso, macchiato atau mocha, yang penting jangan berlebihan.

Melihat dari sudut perubatan, terdapat 5 kesan buruk jika kopi diambil secara berlebihan oleh wanita. Berikut adalah kesan-kesan buruk tersebut. Hati-hati golongan wanita semua!

Wanita Kopi

LIMA KESAN PENGAMBILAN KOPI BERLEBIHAN PADA WANITA

Kopi adalah salah satu minuman yang sangat digemari oleh masyarakat, termasuk wanita. Ia selalunya diminum pada waktu pagi untuk berasa segar dan tidak mengantuk. Jika diambil pada waktu siang, ia akan membakar semangat dan memberikan tenaga tambahan. Namun begitu pengambilan kopi yang berlebihan mungkin akan memberikan kesan yang tidak baik. Antaranya:

  1. MENYEBABKAN RASA PANIK DAN CEMAS

Kafein yang ada dalam kopi boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meningkatkan degupan jantung. Jumlah kafein dalam kopi bergantung pada jenis kopi. Bagi mereka yang sensitif, ambillah kopi yang mengandungi kafein yang kurang bagi mengelakkan masalah ini. Selain itu ia menyebabkan rasa cemas, panik dan mudah ‘naik angin’ walaupun berhadapan dengan masalah kecil.

  1. MENGGANGGU FUNGSI KOGNITIF

Kopi yang diminum dalam jumlah yang sederhana pada sesetengah orang akan meningkatkan semangat dan fokus untuk bekerja. Namun, bagi sesetengah wanita yang lain ia boleh menjejaskan kebolehan untuk berfikir dengan baik (kognitif).

  1. MENYEBABKAN WANITA SUKAR HAMIL

Belum ada kajian yang terperinci bagaimana kopi (atau bahan kafein) mengganggu kesuburan wanita. Namun banyak kes yang dilaporkan bagaimana pengambilan kopi yang berlebihan mengganggu kesuburan wanita. Berkemungkinan besar kafein yang berlebihan mengganggu keseimbangan hormon dalam tubuh wanita.

  1. MENYEBABKAN KEREPUTAN TULANG

Kereputan tulang adalah suatu perkara yang biasa berlaku pada wanita yang sudah mengalami menopause. Namun pengambilan kopi yang berlebihan akan menyebabkan proses kereputan tulang ini akan berlaku dengan lebih cepat. Ini kerana kafein menghalang penyerapan kalsium ke dalam tulang.

  1. BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN KETIKA HAMIL

Wanita yang sedang hamil tidak dianjurkan untuk meminum kopi berlebihan, terutama bagi mereka yang pernah keguguran. Dos kafein yang dibenarkan hanyalah 200 mg. Belum ada kajian yang mendalam, namun lebih baik mengelakkan kopi sebelum keguguran berlaku. Boleh gantikan pengambilan dengan kopi tanpa kafein (decaf).

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

BACA: Bolehkah Wanita Hamil Minum Kopi?

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad