
Ini Sebab Kenapa ‘Slim Fit’ Bukan Pakaian Sesuai Ke Rumah Terbuka
Fesyen slim fit semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat hari ini. Gara-gara mahu terlihat ‘cantik’, trend memakai pakaian mengikut ukuran badan (kadangkala terlampau ketat) semakin berleluasa.
Tahukah anda bahawa fesyen ini sebenarnya lebih banyak membawa bahaya kepada kesihatan diri?
Menurut Public Health Malaysia, trend pakaian slim fit dan kebaya ramping boleh menyebabkan anda mendapat masalah perut terkejut. Pakaian yang ketat akan memberikan tekanan di kawasan abdomen dan menyebabkan refluks asid dari perut ke esofagus.
Jika anda tetap mahu pakai pakaian jenis ini, anda perlu ikut beberapa peraturan ini bagi mengelakkan perut terkejut:
1. Makan dengan kuantiti sedikit tetapi kerap
2. Makan sumber kiborhidrat terlebih dahulu sebelum pencuci mulut
3. Elakkan minum minuman berkafein, berkarbonat, pedas dan berminyak
Masalah perut terkejut merupakan masalah utama ketika hari perayaan. Dengan lambakan makanan yang sedap-sedap serta banyaknya rumah terbuka menjadikan perut kita sentiasa ‘dipaksa’ untuk dibuka. Gejala utama kepada masalah perut terkejut ialah sakit perut, loya dan cirit-birit.
Saranan doktor, sebelum ke jamuan makan sediakan dahulu ubat pencernaan supaya boleh digunakan ketika kecemasan nanti.
Shadows Die Twice.
SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.