
Ini Sebab Kenapa Kartun ‘Popeye the Sailor’ Pernah Diharamkan
Populariti kartun Popeye the Sailor memang tidak lagi boleh disangkal. Pada satu ketika dahulu, figura lelaki pelaut dengan lengan berotot selepas makan bayam menjadi idola kanak-kanak.
BACA: Lagu ‘Gloomy Sunday’ Diharamkan Selepas Jadi Punca Ramai Pendengar Mencabut Nyawa Sendiri
Namun tahukah anda kartun ini pernah ‘diharamkan’ tayangannya?
Dicipta oleh Elzie Crisler Segar, Popeye the Sailor muncul buat pertama kalinya dalam komik harian King Features Thimble Theatre pada 17 Januari 1929.
Biarpun kartun berkenaan mempengaruhi kanak-kanak utuk makan sayur bayam, tetapi tabiat menghisap paip watak utamaya, Popeye menjadikan ianya ‘diharamkan’ untuk ditayangkan kepada individu berusia bawah 18 tahun.
Namun tindakan pengharaman ini dikritik beberapa pihak kerana dirasakan ianya sebagai tidak munasabah dan tiada kaitan.
Selain daripada alasan tersebut, episod kartun Popeye the Sailor yang dilarang ialah You are a sap Mr. Jap. Ini kerana menunjukkan babak Popeye berulang kali mengejek pelaut lain yang berbahasa Jepun.
Manakala episod Spinach fer Britian diharamkan kerana dianggap sebagai propaganda Perang Dunia Ke-2 disebabkan adanya babak yang menceritakan mengenai pasukan Nazi yang menyerang lautan Inggeris.
Tahukah anda, filem animasi Winnie the Pooh & Friends di haramkan di China pada tahun 2013 biarpun tiada unsur ganas atau pun keterlaluan di dalamnya?
China haramkan Winnie the Pooh selepas banyak meme yang membandingkan wajah Xi Jinping dan Pooh.
Sehingga kini, tiada lagi kenyataan rasmi berhubung tindakan pengharaman tersebut, namun ada beberapa teori daripada beberapa sumber yang mengatakan bahawa tindakan tersebut berpunca daripada wajah watak Pooh yang dijadikan meme kerana hampir sama dengan Presiden China, Xi Jinping.
Sumber: