Inodesia Pindah Ibu Negara

Ini Sebab Kenapa Jokowi Pindahkan Ibu Negara Indonesia Ke Pulau Kalimantan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

16 Ogos lalu, secara rasminya Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan bahawa ibu negara Indonesia di Jakarta akan berpindah ke Pulau Kalimantan semasa pembacaan pidato kenegaraan.

Ramai yang masih tertanya-tanya mengapa langkah perpindahan ini perlu diambil? Tidak bolehkan ianya tetap di Jakarta? Mari kita lihat kenapa keputusan perpindahan ibu negara Indonesia ini diambil.

1. Kesamarataan Momentum Pembangunan

Presiden Jokowi menegaskan bahawa ibu negara bukan hanya simbol dan identiti negara, tetapi menjadi nilai kemajuan bangsa ‘Indonesia hidup selama-lamanya’. Perpindahan ini dilakukan dengan harapan akan wujudnya sistem kesamarataan daripada aspek pembangunan dan ekonomi supaya Indonesia kekal maju ke hadapan.

Di Jakarta, penduduknya sahaja sudah padat yang mana kadar kepadatannya ialah 15 ribu orang per kilometer persegi. Apabila berlakunya masalah kepadatan penduduk, maka pelbagai masalah akan timbul; kualiti hidup berkurangan, pencemaran udara dan sebagainya.

Inodesia Pindah Ibu Negara 1

Jakarta yang tersenarai dalam tujuh bandar yang mempunyai penduduk paling ramai menyebabkan kerajaan memilih untuk mengalihkan ibu negara di Pulau Kalimantan kerana kepadatan penduduk di sana hanya 25 orang per kilometer per segi sahaja.

Kenapa bukan pulau Nusa Tenggara, Sulawesi, Sumatera atau Maluku?

Nusa Tenggara dan Maluku yang berada di pinggiran tidaklah sesuai untuk dijadikan sebagai ibu negara. Manakala kepadatan Pulau Kalimantan adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Sumatera (107 orang) dan Sulawesi (96 orang).

2. Konsep ‘Smart and Green City’

Memerlukan dana sehingga 466 trilion rupiah (RM136,765,221,600), Jokowi menegaskan bahawa ibu negara tersebut akan dibina dengan memegang kepada konsep moden, smart dan green city dengan menggunakan tenaga baharu tanpa perlu bergantung kepada tenaga fosil.

Di bandar itu juga akan diwujudkan beberapa kawasan/bangunan yang melambangkan identiti Indonesia dengan konsep forest city (50% daripada jumlah keluasan bandar) oleh Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional seperti bangunan tugu bersejarah, muzium dan kawasan pameran budaya.

Inodesia Pindah Ibu Negara 4

3. Aspek Keselamatan

Perpindahan ibu negara kebiasaannya berlaku akibat daripada ancaman keselamatan, politik dan ekonomi. Berada hampir dengan kawasan laut, Jakarta diancam dengan keadaan paras laut yang semakin meningkat akibat daripada fenomena pemanasan global.

Ambil contoh di Jakarta Utara sahaja, 10 tahun lalu kawasan ini sudah tenggelam sehingga 2.5 meter. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil jangkaan untuk Jakarta Utara tenggelam sepenuhnya pada tahun 2050 akan menjadi realiti.

Inodesia Pindah Ibu Negara 3

Pulau Kalimantan yang berada di luar lingkungan gempa bumi dan gunung berapi dikatakan sebagai pulau bebas bencana, jadi tidak mustahillah kawasan ini amat selamat untuk dijadikan sebagai ibu negara dalam jangka masa panjang.

4. Kestabilan Demografi

Demografi (26% Banjar, 22% Dayak, 18% Jawa, 12% Melayu, 7% Bugis) penduduk Pulau Kamilantan yang agak stabil jika dibandingkan dengan kawasan lain boleh menjadi model identiti kebangsaan Indonesia baharu, jauh daripada model Jawa sentrik yang ditekankan sejak 7 dekad lalu.

Inodesia Pindah Ibu Negara 2

Walaupun belum mengumumkan di manakah lokasi tepat ibu negara baru mereka, ramai yang berpendapat ianya akan terletak di Kalimantan Tengah jika dibandingkan dengan Kalimantan Selatan atay Kalimantan Timur.

Untuk pengetahuan anda, termasuk kali ini Indonesia sudah empat kali menukar kawasan ibu negara mereka.

**Yogyakarta (4 Januari 1946 – 19 Disember 1948).

**Bukittinggi (19 Disember 1948) akibat daripada serangan militer Belanda II.

**Jakarta sejak Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945 dan ditetapkan secara de jure pada tahun 1964 hingga 2024.

Sumber: Ayman Rashdan Wong, TribunNews, Wikipedia

Lexis Hibiscus 2 lebih mewah daripada yang pertama.

Lexis Hibiscus 2 : YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.