Rentas Negeri Untuk Bujang Tiada

Ini Penjelasan Menteri Mengapa Tiada Kelonggaran Untuk Orang Bujang Rentas Negeri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mengapa Tiada Kelonggaran Untuk Orang Bujang Rentas Negeri.

Terdahulu, pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad menyatakan mana-mana pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing bermula 10 Ogos.

Selain pasangan suami isteri, ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap juga dibenarkan berbuat demikian untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Kemudahan-kemudahan itu terpakai untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara.

Keputusan itu bagaimanapun tidak menyenaraikan golongan bujang yang sudah lengkap divaksinasi.

Penjawat Awam Palsukan Surat kebenaran Rentas Negeri

Hal ini menurut penjelasan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pihaknya melihat kepada risiko untuk membenarkan mereka yang bujang merentas negeri atau daerah yang mana jumlahnya begitu besar.

Justeru, pihaknya akan mempertimbangkan kemudahan merentas negeri bagi individu bujang lengkap vaksinasi, selepas menilai pelaksanaan kemudahan itu terhadap ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan anak berusia 18 tahun.

“InsyaAllah, kalau ini dapat dijayakan dan jumlah yang kita tengok daripada keputusan ini tidak menyebabkan jumlah kes COVID-19 meningkat, tidak ada sebab kita tidak dapat untuk masa-masa akan datang memperluaskannya kepada mereka yang bujang.

“Jumlah mereka (individu bujang) kalau kita buka kepada mereka, jumlahnya begitu besar dan risiko yang terpaksa kita pikul terlalu tinggi.

“Itu mungkin akan menimbulkan masalah yang lain kalau tidak ada disiplin, tidak patuh SOP, kita tidak mampu memantau dan juga kuat kuasa apa yang telah diumumkan,” katanya pada sidang media.

Sumber: Awani