Elon Musk

Ini Mungkin Sebab Sebenar Kenapa Elon Musk Pilih Indonesia Untuk Buka Kilang Tesla

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai yang terkejut, tertanya-tanya dan tersipu-sipu malu apabila manusia terkaya di dunia, Elon Musk dilihat lebih berminat untuk memilih negara jiran, Indonesia bagi mengembangkan lagi empayarnya.

Walaupun masih belum ada kata putus rasmi, dalam perkembangan terbaru, Elon Musk turut dilihat sangat gembira menerima kunjungan Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika di Texas baru-baru ini.

Apa sebenarnya yang hebat sangat di Indonesia tu? Apa kurangnya dengan di Malaysia? Kenapa Elon Musk beria sangat nak buka kilang Tesla atau mungkin juga tapak pelancaran roket SpaceX di sana?

Aden Mcaden telah membuat satu hantaran di Facebooknya bagi menjelaskan dan menyedarkan rakyat Malaysia mengenai hakikat yang amat sukar diterima ini.

Elon Musk

Orang lain nak buka kilang Tesla kita pun sibuk nak ajak buka kilang Tesla juga. Di Indonesia tu ada banyak simpanan mineral nickel .. satu komponen penting untuk penghasilan bateri kereta elektrik. Indonesia dan Elon Musk nampak ada synergy perniagaan di situ.

Sebab itulah Indonesia jemput Elon Musk buka kilang Tesla di Indonesia tu. Yang kita pula ada apa? Sah-sah la kalau nak bersaing dengan Indonesia tu .. kita gerenti kalah sebab Indonesia ada kelebihan dari segi supply raw material.

Sepatutnya Malaysia ni kena kenal pastilah apa kelebihan yang kita ada dulu …lepas tu barulah tingkatkan usaha untuk menarik pelabur berdasarkan apa kelebihan yang kita ada tu.

Tapi … itulah nak cakap. Malaysia sekarang ni dah tak ada kelebihan apa-apa dah untuk tarik pelabur. Tax incentive? Cheap labour? High class infrastructure? High speed internet connection? Semua ni negara-negara lain dah sama setaraf malah ada yang lebih maju lagi dari kita.

Cumanya … apa yang kita ada kelebihan ialah undang-undang boleh kawtim, rasuah boleh kawtim, securities commission boleh kawtim, court boleh kawtim, AG boleh kawtim … menteri-menteri, ketua-ketua jabatan tak payah cakap la .. lagi kuat punya kawtim.

Minta maaf cakap la. Kelebihan yang macam ni hanya akan tarik lebih banyak scammer, fraudster, kongsi gelap, perompak, penyamun dan seribu satu jenis sial lagi melabur dalam negara kita.

Ini hakikatnya. 😡

BACA: Elon Musk – Terkaya Di Dunia Tapi Hidup ‘Simple’, Hanya Menumpang Di Rumah Member

Sumber: Facebook Aden Mcaden