Ini Lokasi Paling Selamat Untuk Didiami Sewaktu Tularnya Wabak Menurut Saintis

2020 menyaksikan pelbagai wabak menyerang dunia dalam satu-satu masa, antara yang paling buruk sekarang ialah wabak koronavirus yang sudah mencecah angka kematian seramai 170 orang dengan yang dijangkiti melebihi 7,700.

Setakat ini, kes koronavirus di China sudah melebihi kes SARS yang pernah berlaku pada tahun 2002 dan 2003 yang telah menyebabkan kematian sekitar 394 orang di China dan 774 di 17 buah negara lain.

Lokasi Perlindungan Sekiranya Berlaku Wabak Dalam Dunia 1

Ketika rakyat dunia seakan tiada arah untuk melarikan diri daripada wabak , tahukah anda ada saintis telah mengenal pasti beberapa pulau perlindungan yang berpotensi untuk menjadi lokasi penempatan perlindungan.

Antara aspek yang diguna pakai dalam menentukan pulau berkenaan ialah daripada segi ciri populasi, geografi, sumber alam semula jadi, sistem politik dan sistem sosial agar ianya dapat membangunkan semula tamadun manusia.

Telah menyenaraikan 20 buah lokasi paling sesuai markah diukur dengan menggunakan markah 0-1. Tiga buah pulau gergasi yang paling sesuai untuk dijadikan tempat perlindungan ialah Australia (0.71), New Zealand (0.68) dan Iceland (0.64). Manakala yang lain berada dalam markah kurang 0.50 adalah Jepun, Barbados, Cuba, Fiji dan Jamaica.

Lokasi Perlindungan Sekiranya Berlaku Wabak Dalam Dunia

Sekiranya Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) tinggi, maka negara berkenaan adalah negara yang efisyen untuk didiami kerana dapat mengekalkan saluran makanan dan tenaga.

Sumber: The Sun, The Patriot