Kenapa Singapura Indonesia Terima Vaksin Awal Berbanding Malaysia

Ini Jawapan Kenapa Singapura, Indonesia Terima Vaksin Lebih Awal Berbanding Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak Disember tahun lalu, kira-kira 50 negara sudah memulakan program suntikan vaksin bagi melawan COVID-19.

Berbanding Malaysia yang dijangka menerima sejuta dos bekalan vaksin dari Pfizer seawal penghujung Februari depan, Indonesia dan Singapura masing-masing telah pun menerima vaksin yang ditempah.

Lebih-lebih lagi apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo menerima suntikan vaksin COVID-19 yang disiarkan secara langsung menerusi media tempatan dan YouTube pada 13 Januari lalu.

Melihat situasi itu, segelintir rakyat Malaysia mempersoal mengapa Malaysia lambat menerima vaksin dan ada yang memberi alasan semuanya berpunca daripada masalah politik di nengara ini.

Kenapa Singapura Indonesia Terima Vaksin Awal Berbanding Malaysia
Sumber: Google

Bagi fasa pertama ini, kerajaan Malaysia membeli vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer dan Astrazeneca telah diuji secara klinikal.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.

Kerajaan Malaysia merancang untuk mengagihkan vaksin Pfizer ke kawasan bandar dan vaksin AstraZeneca ke kawasan luar bandar. Keputusan itu dibuat berdasarkan atas faktor logistik.

Ini kerana vaksin AstraZeneca hanya memerlukan suhu penyimpanan serendah 8 hingga 2 darjah Celsius berbanding Pfizer perlu disimpan pada suhu serendah -70 hinga-80 darjah Celsius.

Meurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, walaupun Malaysia bukan antara negara yang terawal mendapat vaksin tersebut, itu tidak bermaksud perolehannya lambat.

Seperti di Jepun, mereka akan mendapatkan vaksin Pfizer pada akhir Februari – sama seperti Malaysia – walaupun Jepun menandatangani perjanjian pada bulan Julai tahun lalu, empat bulan lebih awal daripada Malaysia.

Dikhabarkan, Perdana Menteri Jepun sendiri berhubung terus dengan kedutaan Jepun di AS untuk membeli vaksin Pfizer tanpa berunding dengan Kementerian Kesihatan mereka.

Manakala, Korea Selatan akan mendapat vaksin Pfizer mereka pada suku ketiga tahun 2021 – menandatangani perjanjian pada bulan Disember 2020.

Kenapa Singapura dan Indonesia terima vaksin awal?

Dalam kes Singapura, negara pulau itu dapat “meletakkan taruhan” pada calon vaksin lebih awal kerana sumbernya yang jauh lebih besar.

Indonesia menerima vaksin Sinovac dari China lebih awal disebabkan vaksin tersebut diuji dalam ujian klinikal di negara itu sebelum ia didaftarkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, selain Indonesia, Brazil dan Turki merupakan negara yang menjalankan ujian klinikal vaksin itu apabila merekodkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi pada tahun lepas.

Malaysia bukan tempat untuk ujian klinikal untuk Sinovac kerana ketika percubaan dijalankan, jumlah kes positif COVID-19 negara masih rendah.

Justeru, Sinovac menolak untuk memasukkan Malaysia dalam program percubaan tahap ketiga mereka.

Sementara itu, rakyat Filipina memarahi kerajaan mereka kerana membeli vaksin Sinovac kerana menganggap ia kurang berkesan berbanding vaksin lain.

Maka, yang paling penting Malaysia dapat belajar daripada imunisasi di negara lain untuk memastikan pelaksanaan kempen vaksinasi yang diterima kita berkesan.

Sumber: BH, MalaysiaKini, RimauXI