Misteri Di Sebalik Bunyi Dentuman Di Kawasan Cyberjaya Dan Sekitarnya, Ini Penyebabnya 4

Ini Jawapan Di Sebalik Misteri Bunyi Dentuman Kuat Di Kawasan Gombak Dan Selayang Semalam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ini jawapan di sebalik misteri bunyi dentuman kuat awal pagi semalam.

Awal pagi semalam, ramai yang mengatakan terdengar bunyi dentuman kuat di kawasan Cyberjaya dan sekitarnya. Ramai yang membuat analogi sendiri.

BACA: Mengenang Enam Tahun Kehilangan MH370, Misteri Yang Masih Tidak Dapat Dirungkai

Ada yang mengatakan bunyi berkenaan adalah daripada ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa) yang melintasi ruang angkasa, ada juga yang mengatakan ianya datang dari pesawat ANTONOV (AN-124-100), pesawat terbesar dunia yang terbang melalui ruang udara Malaysia.

Misteri Di Sebalik Bunyi Dentuman Di Kawasan Cyberjaya Dan Sekitarnya, Ini Penyebabnya 3

Misteri Di Sebalik Bunyi Dentuman Di Kawasan Cyberjaya Dan Sekitarnya, Ini Penyebabnya 2

Kedua-dua andaian ini merupakan andaian yang paling banyak dipekatakan. Mari kita lihat apa sebenarnya yang terjadi pada tempoh sekitar jam dua ke tiga pagi semalam.

Untuk pengetahuan anda, bunyi berkenaan adalah berpunca daripada petir. Sedang berada dalam fasa peralihan monsun, Jabatan Meteorologi Malaysia sebenarnya sudah mengeluarkan amaran ribut petir yang akan melanda beberapa kawasan di Malaysia termasuklah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Misteri Di Sebalik Bunyi Dentuman Di Kawasan Cyberjaya Dan Sekitarnya, Ini Penyebabnya

Kenapa kedua-dua andaian berkenaan adalah salah? Baca pendapat daripada Muhammad Syafiq ini:

1. ISS tidak akan meninggalkan bunyi apabila melintasi ruang angkasa, sebaliknya hanya akan terlihat seperti cahaya bintang yang tak berkelip serta bergerak laju.

2. Walaupun memang betul pesawat ANTONOV ada melalui ruang udara Malaysia, namun masa perjalanannya tidak sama dengan masa bunyi dentuman berkenaan. Pesawat ANTONOV melalui ruang udara Malaysia sekitar jam empat pagi dan bunyi berkenaan terhasil sekitar satu ke dua jam sebelum pesawat berkenaan berlepas di ruang udara Malaysia.

Misteri Di Sebalik Bunyi Dentuman Di Kawasan Cyberjaya Dan Sekitarnya, Ini Penyebabnya 1

Ada yang sempat merakamkan gambar bunyi dentuman petir yang terhasil semalam, harapnya jawapan ini dapatlah menjelas misteri di sebalik punca bunyi kuat berkenaan.

https://www.facebook.com/mycyberjaya/posts/2521049458144759