Ibu Muda Bunuh Diri Thailand

‘Ini Era Kerajaan Tidak Adil’ – Ibu Muda Lukis Potret Perdana Menteri Thailand Sebelum Bunuh Diri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Melukis potret perdana menteri dan menulis nota yang menjelaskan bahawa dia tidak lagi mampu mengurus keluarganya adalah dua tindakan terakhir seorang ibu muda sebelum bunuh diri.

Wanita berusia 19 tahun, seorang pelukis amatur berusaha memenuhi syarat sebagai pengawal keselamatan, meninggal dunia pada Rabu setelah mengadu bahawa dia tidak dapat menanggung anak kecilnya. Keluarganya mengesahkan kematiannya kepada media, dengan hanya mendedahkan nama pertamanya, Plaifon.

Plaifon telah memuat naik foto potret Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha beserta sebuah nota yang mengandungi lirik lagu Far oleh Manoj Puttan di Facebooknya seminggu sebelum dia meninggal dunia.

“My friends, where am I? In the end I cannot reach you. Saddened and desperate. I face such a strange world.”

“Poison in food. Cemeteries on streets. Mad man carrying a wheel … My friends, where am I? In the end I’m lost. I want to go home.”

Menerusi hantaran tersebut, Plaifon juga meluahkan kesengsaraannya selama ini.

Ibu Muda Bunuh Diri Thailand

“Sejak saya mula melukis, saya tidak pernah memandang rendah sesebuah potret dengan begitu hina seperti ini. Saya melukisnya dengan perasaan tidak mempunyai wang untuk membeli susu anak. Semuanya sangat mahal. Saya melukis potret ini dengan perasaan bekerja 12 jam sehari dan tidak mempunyai apa-apa. Saya melukis dalam tangisan.”

Sejak krisis COVID-19 melanda Thailand, dilaporkan terdapat peningkatan kes bunuh diri disebabkan hilangnya pendapatan dan tidak dapat bertahan dengan ekonomi ketika ini.

Baru-baru ini, seorang wanita meminum racun tikus di hadapan pejabat Kementerian Kewangan sebagai penunjuk perasaan disebabkan bantuan yang diberikan kerajaan tidak datang seperti yang dijanjikan.

Kerajaan Thailand sebelum ini berjanji untuk memberikan bantuan sebanyak 15,000 baht kepada setiap keluarga yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19.

“Ini era yang saya rasakan kerajaan sangat tidak adil.”

“Ia menyebalkan. Pernahkah anda melihat seseorang memilih untuk mati kerana mereka tidak mempunyai tempat lain untuk pergi?” tulisnya.

Hantaran Facebooknya setakat ini telah dikongsi lebih 35 ribu kali, dengan komen mengucapkan takziah kepada keluarganya dan berharap dia berada dalam keadaan tenang. Ada juga meminta cara untuk menghubungi keluarga terdekat supaya dapat menyumbang dana.

Menurut abang Plaifon, Jirasin Amsarika, dia telah bekerja di Bangkok untuk menampung anaknya yang berusia 8 bulan bersama keluarga di wilayah Chachoengsao.

Ibu Muda Bunuh Diri Thailand

Jirasin memberitahu setelah wabak COVID-19 bertambah buruk, Plaifon meminta wang pendahuluan untuk membeli susu anaknya. Kira-kira jam 1 pagi Rabu, dia mendapat khabar bahawa Plaifon telah membunuh diri.

Thailand mengisytiharkan darurat dari 26 Mac hingga 30 April bagi membendung penularan COVID-19. Perintah darurat itu yang akan berakhir hari ini dilanjutkan sebulan lagi.

Sumber: Coconuts