Cara Buat WhatsApp Link Direct Message

Ini Dua Cara Mudah Buat Link WhatsApp Untuk ‘Direct Message’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cara Mudah Buat Link WhatsApp Untuk ‘Direct Message’

Jika sebelum ini, WhatsApp direka sebagai satu platform komunikasi secara atas talian. Namun, sekarang ia turut menjadi platform yang memudahkan para peniaga menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menjadi salah satu platform baharu untuk bisnes mereka.

Ramai yang kini menyebarkan info niaga mereka di laman sosial dan bagi memudahkan pelanggan untuk menghubungi lanjut peniaga tanpa perlu menyimpan nombor amatlah penting buat masa sekarang.

Kami kongsikan bagaimana cara untuk anda membuat link WhatsApp, yang mana cara ini anda pelanggan hanya perlu tekan link yang diberi tanpa perlu menyimpan nombor dan paling penting urusan sebegini amatlah menyenangkan.

Cara buat link WhatsApp untuk Direct Message

Kaedah pertama:

1. Salin dan tampal link dibawah dengan menukarkan nombor telefon yang anda guna:

http://www.wasap.my/60123456789

2. Pastikan kod nombor 6 perlu ada sekali.

3. Boleh tambah sedikit ayat di belakang nombor supaya kita boleh tahu dari mana orang yang mesej dapat nombor telefon kita.

4. Caranya, hanya perlu tambah ” /ordertudung ”

http://www.wasap.my/60123456789/ordertudung

5. Kemudian, bolehlah letak link yang dibuat tadi di mana-mana media sosial yang anda iklankan perniagaan.

6. Mereka yang tekan link tersebut akan terus direct begini:

Cara Buat WhatsApp Link Direct Message
Sumber: SirapLimau

Kaedah kedua:

Cara begini pula untuk anda yang tidak mahu mendedahkan nombor telefon anda. Anda boleh gunakan bitly.com iaitu laman web untuk singkatkan sesuatu link.

1. Salin link WhatsApp yang kita edit seperti kaedah pertama tadi dan tampal di ruang yang disediakan di laman web bitly.com

2. Kemudian, tekan butang ‘SHORTEN’ untuk dapatkan URL yang sudah disingkatkan.

Cara Buat WhatsApp Link Direct Message

3. Link baharu yang diberikan itu anda klik ‘COPY’. Seterusnya, bolehlah salin di mana-mana ruangan iklan media sosial anda.

Mudah sahaja bukan?

Sementara itu, aplikasi WhatsApp dilaporkan akan melancarkan ciri pembayaran dan setakat ini mereka baru melancarkan ciri tersebut di India.

Dikenali sebagai WhatsApp Payment, ciri ini memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran dengan hanya tekan di ikon Payment di senarai WhatsApp Setting. Tapi pastikan nombor telefon mestilah sama dihubungkan dengan akaun bank anda.

WhatsApp Payment juga membolehkan anda mengirim wang ke kenalan WhatsApp dan juga orang yang tidak berdaftar dengan WhatsApp Pay.

Sumber: Era, Sirap Limau