Jumlah Kenderaan Melebihi Populasi Penduduk Malaysia

‘Ini Dari Zaman British’ – Bekas Menteri Pengangkutan Pertikai Bilangan Kenderaan Melebihi Populasi Penduduk

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular artikel di halaman beberapa media yang melaporkan berita mengenai jumlah kenderaan berdaftar di negara ini melebihi populasi penduduk.

BACA: Jumlah Kenderaan Mengatasi Populasi Penduduk Di Malaysia Buat Pertama Kali

Situasi tersebut kemudiannya dikaitkan dengan kesesakan teruk yang melanda negara sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, laporan yang dikeluarkan itu ditegur oleh bekas menteri pengangkutan Liow Tiong Lain yang mempertikaikan jumlah kenderaan sebenar di Malaysia.

Memetik sumber FMT, beliau mendakwa angka yang dilaporkan sebenarnya merangkumi kenderaan berdaftar sejak zaman penjajahan British.

Menurutnya, angka 33 juta yang dilaporkan itu adalah kenderaan yang telah didaftarkan dalam pangkalan data JPJ sejak penubuhannya 75 tahun lalu.

Statistik itu juga tidak mengambil kira kenderaan yang sudah dilupuskan ataupun yang tidak aktif lagi di atas jalan raya.

Tambahnya, JPJ seharusnya meletakkan fakta yang betul seperti menggunakan rekod pembaharuan cukai jalan terkini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Jumlah Kenderaan Dari Zaman British

Dalam pada itu, beliau mencadangkan JPJ mengeluarkan ‘sijil kematian’ bagi kenderaan yang tidak aktif.

Data di bawah ini merupakan dapatan bilangan kenderaan aktif terkini yang dikongsikan JPJ daripada tahun 2008 hingga 2015.

Jumlah Kenderaan Dari Zaman British

Berdasarkan data tersebut, jelas dapat dilihat trend peningkatan jumlah kenderaan aktif di atas jalan raya.

Sekiranya unjuran dilakukan kepada 2022, dianggarkan ada kira-kira 24 juta kenderaan aktif di atas jalan raya.

Bilangannya mungkin lebih tinggi jika dimasukkan dengan insentif pengecualian cukai jualan (SST) ke atas pembelian kenderaan dan pengeluaran KWSP yang diberikan oleh kerajaan.

Namun, jumlah tersebut boleh diambil kira kepada penyumbang kesesakan lalu lintas. Jika jumlah sebenarnya 33 juta kenderaan, tidak dapat dibayangkan keadaan lalu lintas itu.

Sumber: FMT