
Ini Caranya Jika Inginkan Kembali Aplikasi Yang Telah Tiada Di App Store
Kata orang, usah ditangisi mereka yang telah tiada. Kata orang juga, patah tumbuh hilang berganti.
Sama juga dengan aplikasi yang kini tidak lagi boleh didapati di Apple App Store.
Namun, buat semua pengguna peranti iOS, ini ada satu berita baik buat anda!
Kini anda tidak lagi perlu risau sekiranya anda ter’delete’ atau ter’uninstall’ aplikasi yang telah dikeluarkan dari Apple di App Store.
Misalnya aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang kecoh baru-baru ini kerana didakwa “menyalahi” terma Apple dan tidak lagi boleh dicari dan dimuat turun dari App Store.
BACA: ‘GOpinjam’ Punya Pasal, Touch ‘n Go eWallet Kena ‘Banned’ Oleh Apple App Store?
Menurut satu perkongsian yang dibuat oleh Abu Mu’aaz Munir Azizan di Facebooknya, terdapat cara untuk mendapatkan kembali aplikasi tersebut dengan hanya menggunakan 6 kaedah mudah ini.
Ikuti hantaran bermanfaat yang telah dibuatnya berikut. Selamat mencuba!
Aku tersilap bila aku tulis semalam…
Kalau dah terbuang app TnG eWallet dalam iPhone, dah tak boleh install balik dah.
Aku teringat aku pernah install YouTube versi lama kat iPad mini 1 aku yang dah tak support YouTube versi baru yang ada dalam App Store.
Untuk install TnG eWallet ni pun boleh guna cara yang sama (rujuk gambar):
- Aku guna contoh app Voopee yang aku pernah install, tapi dah tak wujud dalam App Store.
- Tekan profile picture dalam App Store.
- (Terskip nombor 3 kat gambar 🤦♂️).
- Tekan Purchased.
- Tekan My Purchases.
- Search nama app, i.e. Voopee, TnG eWallet, etc. Kemudian tekan gambar awan tu.
- Siap, dah boleh open app tu 👍
P.S. – Cara ni boleh guna untuk yang pernah install app TnG eWallet guna akaun iCloud yang sama… Kalau tak pernah install, memang tak dapat la 👌
Sumber: Facebook Abu Mu’aaz Munir Azizan