Ini Cara Untuk Membuat Permohonan Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Bantuan Prihatin rakyat (BPN)

YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk membantu meringankan beban rakyat dan memastikan tiada golongan tercicir daripada menerima bantuan ketika penularan wabak COVID-19.

Kementerian Kewangan Malaysia pada 29 Mac 2020 telah menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH).

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Siaran Media Berkenaan Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan…

Posted by Kementerian Kewangan Malaysia on Sunday, March 29, 2020

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Bantuan Prihatin rakyat (BPN)

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

bantuan prihatin rakyat (BPN) 2

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:
1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin
Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi seperti di atas. Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

Untuk pengetahuan anda, pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.

Bagi penerima Pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak pula, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020.

Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Dokumen yang diperlukan selain daripada mengisi borang atas talian adalah, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Kerajaan juga ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.

Sebelum ini, kerajaan juga telah mengumumkan kelonggaran untuk mengeluarkan simpanan akaun 2 KWSP melalui skim i-Lestari. Untuk maklumat lanjut boleh layari artikel ini.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia