
Ini Cara Makan Sikit Tapi Kenyang Lama, Confirm Boleh Kurus Punya
Ramai orang mencuba untuk mengawal berat badan dengan melakukan diet. Walau bagaimanapun, ramai juga yang tewas untuk melawan nafsu makan.
Seorang pegawai kesihatan bernama Dr Rizal Abu Bakar dalam hantarannya berkongsi cara untuk cepat kenyang dan tahan lebih lama. Mari kita ikuti perkongsian beliau.
Nak tahu tak cara makan sikit tapi kenyang lama? Tak rasa lapar. Tak ada rasa nak berkudap kudap?
Nak kan?
Caranya mudah saja. Lepas makan minum air rendaman chia seeds. Mudah saja nak buat.
Ambil satu sudu chia seeds. Masukkan ke dalam satu mug berisi air. Lebih kurang 160 ml gitu. Biarkan 30 min. Lagi lama lagi bagus.
Lepas makan, minuma air rendaman ini. Ia ni akan buatkan kita rasa lebih kenyang.
Kenapa? Bila dah rendam, chia seeds akan perangkap air ke dalamnya. Dari biji kecil dia akan membesar sikit.
Bila kita ambil air rendaman ini, air akan dilepaskan perlahan lahan. Sikit sikit. Jadi kita sentiasa rasa kenyang dan tak dahaga.
Gitulah. Bolehlah cuba.
BACA: Jangan Terlampau Ghairah Nak Cepat Kurus, Turun Berat 2KG Seminggu Sebenarnya Tak Sihat
Sumber: DrRizal Abu Bakar