Elektronik Rosak

Ini Cara Hapuskan Barang Elektronik Yang Sudah Rosak Daripada Anda Simpan Bertahun-Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cara Hapuskan Barang Elektronik Yang Sudah Rosak

Sisa elektronik atau e-waste telah wujud di Malaysia seawal tahun 1940-an lagi iaitu sejak kemunculan produk elektronik.

E-waste bermaksud barang-barang elektronik yang dah rosak dan dah tak boleh guna lagi dah seperti TV, PC, pendingin udara, mesin basuh bateri dan peti ais.

Selepas Perang Dunia Kedua, penggunaan produk elektronik semakin meningkat dengan peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia. Di tapak pelupusan, adalah tempat sebahagian besar sisa elektronik dibuang.

Impak berlaku dalam keadaan bahan kimia dan logam berat daripada sisa elektronik akan masuk ke dalam sistem tanah dan air bawah tanah.

Oleh kerana sebahagian besar tapak pelupusan di Malaysia terletak berdekatan dengan sungai, maka lebih mudah bahan toksik dan berbahaya daripada sisa elektronik ini masuk ke dalam sistem sungai. Keadaan ini kekal berterusan sehinggalah ke hari ini.

Tahukah anda, sisa elektronik tidak boleh dilupuskan bersama sisa pepejal harian yang lain berikutan kandungan bahan kimia dan logam berat berbahaya pada barangan elektronik. Ia perlu dilupuskan di tapak pelupusan khas.

Kaedah kedua adalah kitar semula. Kaedah kitar semula sisa elektronik telah diperkenalkan di negara ini sejak tahun 1990-an lagi, namun sambutan yang diterima daripada masyarakat Malaysia masih belum menggalakkan.

Cara betul buang alat elektronik terpakai

Ya, kita boleh mengitar semula barangan elektronik tidak terpakai ini daripada simpan bertahun-tahun terperam di dalam almari. Tapi, jika di buang merata-rata, akan memberi kesan yang kepada alam sekitar.

Jadi, kita perlu bekerjasama untuk mengurangkan masalah alam sekitar dengan menghantar barang-barang yang sudah rosak ini dekat tempat khas pengumpulan barang elektronik.

Jangan risau, setiap negeri ada tempat pengumpulannya. Boleh rujuk di laman ini untuk melihat tempat pengumpulan barang terpakai di kawasan terdekat anda.

Elektronik Rosak

Misalnya, di Kuala Lumpur ada 12 tempat pengumpulan yang turut menyenaraikan barang elektronik terpakai mana mereka terima.

Sudah ada niat untuk kitar semula alat elektronik terpakai anda? Jangan lupa lupuskan data peribadi sebelum dibuang!

One comment

Comments are closed.