Cara Rebat RM20 Grab Ke PPV Selangor

Ini Cara Dapatkan Rebat Grab RM20 Ke PPV Untuk Penerima Vaksin Di Selangor

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kerajaan Selangor menyediakan pemberian rebat perkhidmatan e-panggilan Grab sebanyak RM20 yang bakal memberikan manfaat kepada hampir 50,000 individu yang menerima temu janji vaksin.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, rebat pengangkutan itu dibuka kepada semua rakyat Selangor berusia 18 tahun ke atas yang layak mendapatkan vaksin berbanding yang dahulunya terhad kepada mereka berusia 50 tahun ke atas di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Kaedah pemberian subsidi kos pengangkutan adalah sebanyak RM20 seorang, merangkumi kos tambang pergi dan balik dengan kadar lebih kurang RM10 bagi setiap sehala perjalanan.

Pendaftaran bagi rebat telah dibuka 20 Jun lalu dan tempoh perjalanan sah adalah bermula 1 Julai hingga 30 September ini yang mana ia boleh digunakan di 40 PPV terpilih di negeri ini.

Cara Rebat RM20 Grab Ke PPV Selangor

Cara dapatkan rebat RM20 Grab

Sebelum mendapatkan rebat menaiki Grab untuk ke pusat vaksinasi, anda perlu kunjungi laman sesawang Rebat Pengangkutan Grab Vaksin, kemudian isi borang yang disediakan pada bahagian bawah sekali.

Setelah diluluskan, anda akan mendapat ganjaran diskaun berjumlah RM20 – RM10 untuk pergi dan RM10 untuk pulang, menerusi bahagian My Rewards di aplikasi Grab. Jika perjalanan lebih RM10, anda perlu menambah bayaran selebihnya itu sendiri.

Cara Penebusan

1. Buka aplikasi Grab anda.
2. Klik pada ikon “Points”.
3. Pergi ke “My Rewards” dan anda akan melihat ganjaran diskaun anda di bawah “Active Rewards”.
4. Seterusnya, tekan “Use Now” dan anda akan berada pada halaman tempahan Car.
5. Masukkan perjalanan tempahan anda bersama pusat vaksinasi anda untuk menikmati potongan harga perjalanan anda.

ATAU

1. Pilih “Car” dan masukkan perjalanan tempahan anda bersama pusat vaksinasi anda di “Where to?”.
2. Seterusnya, tekan “Confirm Pick Up”.
3. Sebelum menempah perjalanan anda, tekan pada “Offer” untuk ke ganjaran diskaun anda.
4. Klik “Use Now” untuk menikmati potongan harga perjalanan anda.

Permohonan rebat pengangkutan Grab itu boleh dibuat menerusi laman platselangor.com .

Ingat, hanya terhad kepada 50,000 pemohon. Sila daftar segera.

Sumber: Awani